Tuesday, May 8, 2012

New spirit! success is everywhere, antara Nak Taknak je ! :)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




See the tajuk? hehe. Betul la kan? Kejayaan ada di mana-mana. Terpulang pada kita saja samada nak dapatkan kejayaan tu atau tidak. Kenapa saya bercakap tentang kejayaan ni semua? Sebab that is what I want. Semua orang nak berjaya kan?

Bila tengok sahabat-sahabat dapat masuk IPT, terdetik dalam hati seronoknya. Tapi cepat-cepat pujuk hati, kita manusia hanya mampu merancang, meminta dan berdoa. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin, Dia letakkan hikmah dan rezeki yang tak akan pernah saya sangka bila saya struggle di Pra U kelak.

Tak dinafikan, sebak saja bila kawan-kawan sudah dapat tawaran ke IPT. Belajar dalam suasana yang baru. Tapi saya percaya dengan rezeki Allah. Someone told me before, this is not the end of the world. Cabaran hidup yang sebenar baru bermula. InshaAllah, Allah tahu apa yang saya nak. Allah tahu apa yang saya ingin kejar dan dapatkan dalam hidup.

Hari ni, 8 Mei 2012, saya akan mendaftar sebagai salah seorang pelajar Pra Universiti di SMK Hamzah, my old school. Okay, Nurul Atiqah is now back to school ! Yeayy.. Alhamdulillah. Semoga akan dipermudahkan segalanya kelak. Harap kawan-kawan dapat mendoakan diri saya. Thanks everybody !


YuyuAtiqa :
Sudah mula untuk mencoretkan almost everything yang dilakukan dalam hidup untuk dilogkan dalam blog peribadiku ini. thanks to my otai. Seriously, sangat menghargai. 


Stop here. Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^