Friday, May 11, 2012

Malam ni baru sempat......



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Malam ni baru sempat nak update entri. Semalam memang nak update, tapi tak sempat nak celah masa plus penat. bayangkanlah, pagi pergi sekolah, balik lebih kurang pukul 4.30 petang. Malam semalam pula training netball untuk match sukan belia wanita esok. Balik dari training, mandi, solat isyak terus landing baik punya atas katil. PENAT laa ! huhu

Pagi ni, pun tak sempat nak buka laptop. Bangun solat subuh then sambung beradu sekejap. huhu. Bangun dari tidur yang sekejap tu, mandi dan pergi training netball. Lepas selesai training, pergi lunch dengan team netball then balik rumah. Dengan keadaan cuaca yang agak panas, lepas mandi dan solat terus berehat dalam erti kata lain TIDUR ! hehe

Haa. Malam ni baru sempat nak buka laptop, online facebook, tweetdeck dan update blog ! Rasa macam banyak dah tertinggal untuk dicoretkan hari ni. Nak buat macam mana, dah tak sempat kan? Tak tahu la bila dah mula belajar nanti. Bulan 11 nanti dah exam semester 1. Confirm kena lebihkan masa untuk study dan siapkan assignment. Tu tak masuk dengan program-program kat sekolah lagi-lagi Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) yang kena handle. 

By this July, akan bermula pilihanraya untuk melantik exco pimpinan baru ( bebudak junior pra U ) untuk ganti senior-senior ni dalam MPP. Agak-agak nama saya naik ke tak? Tak kisahlah. Tengok keadaan dulu.





YuyuAtiqa :

Terkadang bila kita tengok seseorang tu sentiasa ceria, tak semestinya dia betul-betul gembira dalam hidupnya. Mungkin, dengan berpura-pura ceria, dia dapat menghilangkan kesedihan dalam hidup dia. Memang ada orang macam tu. Percayalah. 


Stop here. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. huhu , yuyu , pelajar sekolah !
    belajar lek lok yea . penat , jangan lupa rehat . nak ade nama dalam MPP tu , kena banyak senyum . baru manis . hehe .

    RINDU YUYU ! ! ! :D

    ReplyDelete
  2. CikMunBlogger :

    HUHU.. Mun !!!
    tima kasih mun sayang..
    Tu laa pasal. hehe..
    Pray for my success ya ! :)

    ReplyDelete
  3. semoga tenang2 selalu dlm menempuh kehidupan harian.. eh btl ke ayat ni? rasa cam skema je ;)

    ReplyDelete
  4. babycomel :

    Terima kasih.
    Tak ada skemanya pun. hehe..
    same goes to you k. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^