Saturday, May 19, 2012

Angkara bola ke ni???



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





Ni haa.. Saya tengah update entri blog sambil membelakangi 'mereka' yang sedang khusyuk tengok perlawanan bola antara Kelantan dengan SD FC. Siapa mereka? Yang paling excited kat depan tv ni, kakak saya, Atin. Then, yang lain tu, cousin saya, Ummi and her parents aka mak sedara dan bapa sedara saya. Haha. EXCITED betul mereka menyokong Kelantan. 

Balik pada tajuk. " Angkara Bola ". Banyak sebenarnya penangan pasukan Kelantan The Red Warriors di Kelantan ni. First, masa saya keluar merewang dengan kakak dan sepupu saya siang tadi, jalan raya kat Kota Bharu yang selalu sibuk ni dah jadi lengang sebabnya majoriti rakyat Kelantan ni dah berada di Kuala Lumpur. Penuh dah tu kat Stadium Bukit Jalil. Hehe. Kan?



Ni jalan masa on the way nak ke Tesco.


Second, disebabkan bola ni juga lah penyokong pasukan The Red Warriors ni bersatu. I mean, bila masuk part bola, hal politik letak tepi. Rakyat Kelantan semuanya bersatu. Tak kira apa parti politik mereka sekalipun. 

Bagus kan? Ada baiknya juga bola ni. Ni pendapat daripada insan yang tak minat bola macam saya ni. Haha. Tak minat bola sekadar tengok untuk support negeri Kelantan. Boleh kan? hehe.

Lastly, esok Kelantan cuti. maybe sebab nak bagi ruang untuk penyokong-penyokong Kelantan ni bertolak balik ke Kelantan dengan tenang dan selamat. Keselamatan diutamakan ! Hehehe. 

YuyuAtiqa :

esok Zara balik together with her mummy and nanny. Yeayyy ! Miss her. :)


Stop here. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^