Saturday, April 14, 2012

Ben Ashaari ? Another surprise! Alhamdulillah. Syukur.




Assalamualaikum wbt.

Mata masih belum mahu lelap. Maka aku decide untuk blogwalking sambil baca entri-entri yang dapat tambah ilmu sikit sebanyak malam ni starting dengan blog idolaku diikuti dengan entri blogger-blogger yang muncul di dashboard aku. Terus, hati terdetik, apa kata aku update blog. Terbit kerajinan sedikit untuk melawan kemalasan yang agak tebal sekarang.

Namun, masih tidak ada idea untuk update. Tiba-tiba, waktu aku tengok dashboardku, followers blog aku bertambah lagi satu. Ahh sudah... mula-mula genyeh jugak la mata sebab takut tersilap tengok. Tapi, tiga empat kali refresh, ehh betul laa. ada follower baru. maka, aku pun tertanya-tanya, siapa pula la yang rajin blogwalking sambil follow blog aku yang sangat tak seberapa tengah-tengah malam ni kan?





Bila aku tengok siapakah makhluk Allah yang baik hati itu, alangkah terkejutnya aku apabila salah seorang blogger otai, Encik Ben Ashaari yang merupakan salah seorang blogger senior yang pastinya dikenali oleh sesiapa yang berkecimpung dalam dunia blogger ni lah. Tak pernah aku sangka yang Encik Ben Ashaari a.k.a papa kepada si comel, Qhaliff Iman akan follow blog picisan aku ni. Subhanallah. 


Terharu. Betul-betul terharu. Nasib baik tak sampai tahap mengalirkan airmata. Blog beliau memang santai. Sebab tu aku selalu akan click dan baca setiap entri yang beliau update. Lately, update pasal Qhaliff. Sangat sweet. Bapa yang penyayang. 

Mohon maaf andai ada yang tak senang dengan entri aku kali ni. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan. Tidak pernah terlintas untuk menunjuk mahupun riak. Nauzubillah. Aku harapkan, Encik Ben Ashaari follow blog aku sebab entri yang aku hasilkan. Mudah-mudahan. Sesungguhnya, aku hanya seorang blogger amatur yang suka menulis. :)

Terdetik di hati, andai satu hari kelak, idola aku follow blog aku, mungkin aku akan nangis kot. Mana tidaknya, beliau berconversation denganku dalam twitter pun sudah buat aku benar-benar terharu. Subhanallah. Terima kasih Allah. Setidaknya, moment kegembiraan ini dapat menghilangkan kesedihan yang melanda diri aku.

Sebelum berhenti menulis, mohon maaf atas penggunaan 'aku' dalam entri kali ni. Ianya benar-benar luahan hati yang sukar nak digambarkan. Hanya Allah yang tahu apa yang sedang dirasai sekarang. 

Buat Encik Ben Ashaari ( jika anda membaca entri ini ) serta
followers blog Yuyu Atiqa yang disayangi,

Saya, Nurul Atiqah Ahmed benar-benar terharu kerana kesudian anda menjenguk dan follow blog saya yang serba kurang ni. InshaAllah, saya takkan pernah jemu untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan semua pembaca yang sudi ke sini, selagi saya mampu. Saya akan terus berusaha untuk menghasilkan entri yang berkualiti. Sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang singgah di sini.  Sekali lagi, terima kasih. 

Wassalam.


Salam hormat,
[Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

8 comments:

  1. ada suprise untuk anda.

    saya adalah saya. hari hari saya digunakan. hari hari saya dipaksa bekerja. hari hari jugak lah saya merasakan saya terpaksa mengeluarkan cairan. kadang kadang berwarna hitam kadangkala hijau kadangkala biru kadangkala pula merah.

    penat saya. saya tak mempunyai kawan sebab tuan saya tidak memiliki kotak pensel. namun begitu. saya bukan pen mahupun pembaris mahupun pemadam. saya jugak bukan highlighter.

    saya rasa anda tak tertanya tanya pun siapa saya. saya adalah pen. mesti anda dah tau kan. penat je anda dah tau. sebab tak suprise pon.

    errrrkkkk....

    ReplyDelete
  2. Zulhilmi tempoyak :

    Wah. kerajinan ni. Jasa encik pen sentiasa dikenang. Jangan risau.
    Terima kasih.. :D

    ReplyDelete
  3. ;) terima kasih yuyu kerana sudi singgah blog ben untuk menghabiskan sisa sisa masa yang ada .. hehe .. dan juga ke rumah mak mertua ben untuk lawat Qhaliff .. eheh

    ReplyDelete
  4. Ben Ashaari :

    Huhu. sama-sama. seronok membaca entri-entri santai Ben. lagi-lagi entri pasal Qhaliff. semoga jumpa lagi k. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^