Tuesday, March 27, 2012

Permata hati sulung kekanda tersayang.




Assalamualaikum wbt.

Dari semalam lagi terdetik di hati untuk mengemaskini entri yang baru cuma kekurangan idea untuk menulis. Alhamdulillah, hari ini ada sesuatu yang terlintas di fikiran. Mungkin juga sekadar entri ringkas.

Ingin kongsikan khabar gembira, Alhamdulillah Allah telah mengurniakan seorang lagi ahli baru dalam keluarga saya. Cucu sulung ayah dan mak, anak saudara sulung saya, anak sulung kekanda kedua saya. Syukur yang tidak terhingga.


Nur Zara Batrisya binti Adnan

Di saat saya berada di Di Muara Beach Resort, Tok Bali untuk membantu kaunselor dalam sebuah program selama 3 hari 2 malam di sana baru-baru ini, saya dikhabarkan dengan berita kelahiran tersebut oleh adik saya. Kakak selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Ampang. Subhanallah. Tanpa disedari, menitis airmata kegembiraan. Begini rupanya perasaan 'excited' menerima kehadiran anak saudara yang pertama.

Dari apa yang mak cakap, baby alami komplikasi selepas dilahirkan. Radang paru-paru. Terdetik kerisauan di hati. Doa dipanjatkan tanpa putus ke hadrat Ilahi agar melindungi dan memberikan kesihatan kepada anak saudara saya dan kakak tersayang. Alhamdulillah, beberapa hari lalu, baby dah melepasi komplikasi tersebut. wayar oksigen yang disambungkan pun sudah dibuka.


Muka Zara sewaktu masih memakai wayar bantuan oksigen.

Syukur. Hari ini, hari ketujuh kelahirannya dan mengikut sunnah Rasulullah, abang ipar telah mengumumkan nama puteri sulungnya sejurus selepas solat maghrib tadi. Nur Zara Batrisya binti Adnan. Seindah nama dan maknanya.


Zara sewaktu dipangku oleh mamanya.

Tak sabar menantikan kepulangan Zara ke rumah ( Kelantan ). Sudah mula terfikir apa panggilan yang akan dipanggil oleh Zara nanti. Haha. Tergelak sendiri. Semoga Nur Zara Batrisya binti Adnan menjadi anak yang solehah serta hamba Allah yang taat. ameen.

Setakat ini dahulu entri kali ni. Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

9 comments:

  1. bolatnya baby ney..dpt ney mmg d penyek2 pipi dia ni.. :) geramm

    ReplyDelete
  2. kesian tengok baby tu pakai wire2 tu.. tp gmbar atas tu cute sgt.. letak tangan kat situ mcm posing ja.. hehe.. congratz dpt anak saudara 1st.. :)

    ReplyDelete
  3. Acik LeyMah : hehehe. memang pipinya bulat.. :D

    Mr.Doctor : hehe. tu laa. sangat comel. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. Omg! Comelnya baby! Alhamdulillah. Congratulation buat Yuyu sekeluarga :D

    ReplyDelete
  5. Alahai..siannya baby zara kena pakai wayar tu semua...syukur, dah xder apa2...semoga menjd anak yg solehah dan dikurniakan kesihatan yg baik yer sayang:)

    ReplyDelete
  6. Kak Azila :

    Tu laa.. sedih tengok masa mula-mula Zara keluar.. Alhamdulillah, dah okay...
    Thanks, Kak La.. <3

    ReplyDelete
  7. Nana Kamarul :
    Alhamdulillah... thanks.. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^