Wednesday, February 8, 2012

Tersentuh hati dengan telatah pakcik OKU :')




Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua. :)

Hari ini saya agak penat dan sangat tak larat serta kemalasan nak menaip entri yang panjang. Sebenarnya nak menaip entri tentang ambil lesen P tadi tapi tersangatlah malas nak menaip dengan panjang lebar. Mungkin dalam entri yang akan datang lah kot. Entri kali ini cuma nak berkongsi pembelajaran bahasa isyarat dengan kalian.






Tadi masa berada di litar, terserempak dengan Pak Su ( seorang OKU, bisu dan pekak ). Tersentuh hati melihat beliau menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Kelihatan beliau sangat gembira dan teruja untuk berkongsi kegembiraan beliau.


Namun, saya agak terkilan. Kenapa? Sebab pertama, saya tak jelas dengan apa yang beliau ingin sampaikan. Alangkah baiknya jika saya tahu bagaimana untuk berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. Sekurang-kurangnya saya dapat memahami dan berkomunikasi dengan Pak Su tu. Serius, agak terkilan di situ. Dari situ jugalah, terdetik di hati untuk cuba semampu saya untuk mempelajari bahasa isyarat secara perlahan-perlahan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. amin.


Jadi, bersyukurlah kita diberikan nikmat suara, pendengaran dan penglihatan oleh Allah swt. Kagum melihat kesungguhan Orang Kurang Upaya ( OKU ) untuk menjalani kehidupan mereka seperti orang normal yang lain. Subhanallah.. :')


Saya hentikan entri ringkas ni setakat ini dahulu ya. InshaAllah, akan diceritakan suasana di akademik memandu dalam entri akan datang.


Semoga ceria selalu.


Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

7 comments:

  1. yea kan cik yuyu. hati dyorang tabah sangad-2 coz sanggup hadapi semua nie dengan tabah dan ikhlas. klaw saya di tempat dyorang blom tntu lagi saya bole buad cmtue :')

    ReplyDelete
  2. betul tu, cik jiha.. that's why sebagai manusia yang cukup sifat ni, kita kena syukur sangat-sangat..

    Mereka dah buktikan yang walaupun mereka kurang upaya, tapi mereka boleh menjalani hidup macam biasa sama seperti manusia normal yang lain.

    Kita takkan tahu, apa yang Allah rancangkan buat kita kelak. Sebab tu, kita kena sentiasa rendah diri untukNya.. :')

    ReplyDelete
  3. memang kita patut bersyukur.tapi kadang mereka yang 'oku' lebih berjaya daripada manusia 'sempurna' sebab diorang berusaha kuat.

    *pernah try bahasa isyarat tangan tu tak sampai setengah jam lupa.haha

    ReplyDelete
  4. bersyukurlah dengan apa yang telah Allah berikan
    dan gunakan dengan sebaik2nya
    betapa besarnya semangat OKU (orang kelainan upaya ) ni berusaha untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa
    kita yg sempurna ni seharusnya mencontohi semangat mereka
    kan
    *insaf bacer entry ni

    ReplyDelete
  5. SyasyaJohan :

    Betul tu. Hati mereka mungkin jauh lebih cekal berbanding dengan kita. :')


    WafaIrdina :

    ALhamdulillah.. :')

    ReplyDelete
  6. Bersyukur dgn apa yg telah diberi kpd kita

    kak fieda follow sini..salam kenal..
    http://mylovely-fieda.blogspot.com/2012/02/gilobuku-cerita-kanak2-ada-adegan-sex.html

    ReplyDelete
  7. nice !
    farz pon nak blaja bhasa isyarat gak la t.. insyaAllah :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^