Sunday, February 26, 2012

Karnival Pengajian Tinggi " Jom Masuk U "



Assalamualaikum wbt.
===============


Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat. Dah lama entri blog tak dikemaskini. Tersangatlah ketiadaan idea dan kemalasan untuk menaip baru-baru ini. Haha. Alhamdulillah, malam ni sedikit rajin untuk berkongsi aktiviti yang saya lakukan hari ni.



Hari ni, seharian saya berada di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Buat apa ya? Actually, saya bersama abang saya ( Isham ) dan tiga orang lagi sahabat saya ( Anis, Yana, Akmal ). Kami pergi Karnival Pengajian Tinggi " Jom Masuk U " . Pergi dengan bas. Seriously, lama yang amat tak naik bas ke Kota Bharu. haha. Seronok ! :D

Setiap tahun, karnival ni diadakan. Alhamdulillah, kali ni dah masuk kali ketiga saya berpeluang berkunjung ke karnival ni di Kelantan. Sampai sana, saya berpecah dengan abang. Abang ada hal dia then saya teruskan perjalanan dengan Anis, Yana dan Akmal. Ramai jugak jumpa dengan kawan-kawan lama kat sana. Yang pasti, tersangatlah ramai pengunjung yang datang. Penuh sesak dengan manusia. haha.






Lepas dah dapatkan info dari beberapa booth IPTA dan IPTS, saya dan kawan-kawan ke food court yang berdekatan dengan stadium untuk lunch sebab perut dah teramat lapar. Haha. Alhamdulillah, selesai makan kami cari surau berdekatan untuk solat Zohor.




Selesai solat Zohor, kami ke Parkson shopping mall. Lenguh kaki jelajah satu mall. Haha. Nasib baik ada kerusi urut, "Rest and Go". Dapat la jugak hilangkan lenguh-lenguh badan sambil tunggu Anis dan lain-lain shopping. Dah puas shopping, dalam pukul 4.30 petang macam tu, kami naik bas balik ke Machang.



Alhamdulillah, sangat seronok walaupun agak memenatkan. Saya hentikan entri setakat ni dulu ya! Sudah lenguh jari menaip plus mata pun kuyu perlukan tidur. *demam.


Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

8 comments:

  1. kat perak dah ke belum ek ?
    btw , yuyu comel sgt !

    ReplyDelete
  2. ni macam mana? pilih u melalui borang UPU kew? or temuduga kat sane? -.-"

    ReplyDelete
  3. @ery :
    - banyak booth yang buat pameran. ada juga booth yang sediakan application secara online..

    ReplyDelete
  4. @cik Mun :
    - Yuyu pun tak pasti kat Perak dah ke belum.. huhu. tak perasan tadi. Thanks, mun.. :')

    ReplyDelete
  5. nape xblh nk chat plak?adei..yuyu dh mkn ubt ke blm?thx sudi bw blog wawa :)

    ReplyDelete
  6. yuyu dah makan ubat..
    sama-sama, wawa.. :) <3

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^