Tuesday, February 7, 2012

Anak soleh dan solehah penyeri hidup




Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua !

Pada mulanya terasa macam agak kemalasan nak menulis dan mengeluarkan idea untuk mengemaskini blog ni. Tetapi disebabkan mood nak buat entri baru ni tiba-tiba muncul maka terhasil lah entri ni. Hahaha.


Okay dah. Cukup mukaddimahnya ya !



Sumber : google image




Sebenarnya terdetik di hati untuk tulis entri baru ni sebab terbaca satu rencana dalam paper Harian Metro ( variasi ) tarikh ( Jumaat: 3/2/2012) Rencana tersebut bertulis perihal Anak Soleh dan Solehah Penyeri Hidup. Ilmu yang bermanfaat, tak salah jika dikongsikan bersama pembaca kan?


Sedar atau tidak, kita sebagai seorang anak mempunyai satu tanggungjawab yang sangat besar. Kenapa? Kerana kita adalah harapan ibu bapa, bangsa, agama dan negara pada masa hadapan. Bukan begitu?


Alhamdulillah, sekiranya ibu bapa membiasakan kita dengan kebaikan ketika hati kita masih putih bersih, InshaAllah kita akan membesar menjadi seorang anak yang baik dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, jika kita dibiasakan dengan hal kejahatan serta diasuh bagaikan binatang, maka besar kemungkinan kita menjadi seorang yang berperibadi rosak dan hancur. Nauzubillah.


Allah berfirman yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan ".

( Surah At-Tahrim ayat 6 )



Di sini saya ingin kongsikan satu contoh dengan kalian.


Sumber : google image

Pernahkah kalian mendengar nama Umar ibnu Abdul Aziz? Pada usianya yang masih kecil, beliau menangis. Kemudian ibunya bertanya, " Apakah yang membuatmu menangis? " Beliau menjawab, " aku ingat mati ". Waktu itu beliau sedang menghafal kalam suci Al-Quran. Ibunya terus menangis saat mendengar perkataannya. Subhanallah. Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka seperti Umar ibnu Abdul Aziz.


Di antara langkah dasar mendidik anak yang dinyatakan dari Al-Quran dan sunnah adalah mengajarkan tauhid kepada anak, mengesakan Allah dalam hal beribadat kepadaNya, menjadikannya lebih mencintai Allah dan tidak akan ditakutinya kecuali Allah.


Bertuahnya kita apabila ibu bapa kita mengajar kita solat dan membiasakan kita bersolat secara berjemaah, mengajar kita agar sentiasa bersyukur pada Allah, kepada kedua orang tua dan kepada orang lain saudara sesama Islam.




Sumber : google image



Mereka mendidik kita agar kita sentiasa taat kepada mereka setelah ketaatan kita kepada Allah dan rasul yang mutlak. Alangkah beruntungnya apabila ibu bapa kita tidak sesekali meremehkan kemaksiatan sekecil manapun bahkan tidak merendahkan kebaikan walau sedikit pun. Mereka pasti akan memberitahu setiap kewajipan kita untuk menjadi generasi yang terbaik.


Sahabat, alangkah hebatnya jika kita mementingkan Al-Quran dan sunnah serta tanamkan dalam jiwa kita sikap tawaduk, rendah hati, pupuk keberanian ( syaja'ah ) dalam diri kita. Ingatlah bahawa cahaya masa depan umat yang cerah akan mengangkat darjat kita sebagai seorang anak sekaligus dapat mengangkat darjat kedua ibu bapa kita di syurga kelak. InshaAllah.


Dengan izin Allah, apabila kita menjadi anak yang soleh dan solehah, ibu bapa kita pun dapat peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat kerana telah menjalankan amanat yang Allah berikan kepada mereka. Amin ya rabbal alamin..


Okaylah, entri kali ni saya hentikan di sini. Agak kelenguhan jari-jemari ini menaip. Hehe. Tapi tak mengapa sekiranya niat untuk berkongsi sesuatu yang dapat membawa manfaat untuk kita bersama. Kan? Sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin. :)


Semoga ceria selalu.

Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^