Wednesday, February 29, 2012

Aku diam dalam bicara..




Assalamualaikum wbt.
================


Bangun dari tidur pagi ini, alhamdulillah masih diberi nafas dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Namun, entah kenapa. Terasa sebak di pagi hari.




Aku diam dalam bicara..


Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik tajuk entri? Entah. Aku sendiri tertanya-tanya. Ianya datang dari hati terus ke minda lalu dicoretkan di sini.


Hati terasa sebak.
Semakin cuba untuk berlagak tenang, semakin ia sebak.
Cuba bertindak seolah-olah tiada apa yang mengganggu fikiran, namun masih sebak.
Semakin masa berlalu detik demi detik, sebak semakin menyelubungi.
Saat kain dilipat dan dimasukkan ke dalam beg, semakin kuat sebak di dada.


Ya rabb.
Pengorbanan itu memang sangat menyakitkan.
Terpaksa berpura-pura seperti tiada apa yang menyakitkan.
Walaupun hakikatnya hati sangat terluka.
Namun, kenyataannya perlu ada yang berkorban.
Berkorban kerana kerelaan hati, bukan kerana terpaksa.
Biarlah satu hati yang luka sebelum nanti lebih banyak lagi yang terluka.


Ya Rabb.
Jauhkan rasa putus asa dan mengeluh dari hati. Jauhkanlah.
Tetapkan hati ini supaya cekal dan tabah berdiri hadapi ujian kecilMu.


Ya Rabb.
Semoga betul tindakan ini.
Berada jauh mungkin dapat mengubat hati.
Berada jauh mungkin keputusan yang terbaik.
Pergi tanpa memberitahu, juga lebih baik.
Ya.. pergi..
Itulah yang terbaik.


Ya Rabb.
tolonglah.
Buangkanlah perasaan itu dari hati.
Naluri kuat mengatakan,
Walau teramat pahit pada awalnya,
lambat laun akan terasa kemanisan pada akhirnya.

Tersimpan harapan,
moga senyuman yang terukir mampu sembunyikan segalanya yang tersimpan di hati.



Yuyu Atiqa:

" Semoga sepi yang menyelubungi, akan terubat dengan membawa diri pergi dari sini. Yakin pada perancangan Ilahi. "


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

7 comments:

  1. dont worry , wlau ape pun terjadi , mun sbgai kawan yuyu , akan ade tok yuyu . dgn ikhlas hati :)

    ReplyDelete
  2. Semua rasa itu dari Allah jua. Pohonlah kepada Allah supaya semuanya baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbr, seakan2 kebetulan ..entry terbaru sy juga berkaitan dgn rsa lemah dan sedih dlm diri.. silalah baca ya!moga kmbali bersemngt.. stay calm n peace.. ;)

    ReplyDelete
  4. hmm , sbar ye akak :') btw , nama kita sama lha . hihi =)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^