Saturday, February 4, 2012

3 Hari 2 Malam Bersama Pemimpin Pelajar SMK Hamzah .



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Salam ceria semua !

Dah beberapa hari blog saya tak dikemaskini. Pertama, sebab tak ada idea dan sesuatu yang ingin dikongsikan dengan kalian. Kedua, sebab beberapa hari yang lalu saya agak sibuk berkhidmat sebagai pemudah cara ( fasilitator ) bersama senior-senior saya abang Alimin dan Kak Ema serta beberapa orang rakan yang lain untuk membantu mengendalikan beberapa slot program Kursus Kepimpinan Pengawas untuk barisan pemimpin pelajar SMK Hamzah bagi sesi 2012.


Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Tapi saya kekurangan mood untuk menulis. Mungkin sebab agak penat dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Disebabkan mood untuk menulis masih " kurang " jadi saya selitkan beberapa keping gambar sepanjang saya dan rakan-rakan mengendalikan slot . :)



Dari kiri atas : saya, Umi Zaiti, Ayah Taifor, Bonda Rohani.
Dari kiri bawah : Safwan, Abang Alimin, Kak Ema.

Gambar di atas :
Rakan-rakan fasilitator perempuan. :)



Gambar di atas :
Rakan-rakan fasilitator lelaki.


Gambar di atas :
mereka yang bersedia berkhidmat untuk kaunselor-kaunselor tersayang.
P/s : candid sepanjang aktiviti.


Gambar di atas :
Candid peserta-peserta kursus ( indoor dan outdoor )



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ayah Taifor, Umi Zaiti, Bonda Rohani, guru-guru Pengawas serta semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pengawas SMK Hamzah sesi 2012. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Para peserta kursus juga sudah mula memperlihatkan semangat dan kreadibiliti masing-masing untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pengawas.


Semoga mereka akan terus sukses dan dapat meringankan beban guru-guru untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah sekaligus mengharumkan nama baik SMK Hamzah setaraf dengan sekolah-sekolah terbaik di seluruh Malaysia. InshaAllah.


Entri kali ini terhenti di sini. Terima kasih atas kesudian kalian membaca entri ini.

Semoga ceria selalu.

Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. cu cerita sikit pe aktiviti yg dilakukan oleh mereka

    ReplyDelete
  2. banyak.Terdapat juga aktiviti dalam kumpulan yang mana ingin mencungkil bakat kepimpinan dalam diri setiap peserta. Saya dan rakan2 juga turut mengadakan aktiviti yang dapat memberi lebih keyakinan kepada peserta untuk lebih berani dan berkeyakinan apabila tampil di khalayak ramai kelak.

    ReplyDelete
  3. wah mest menarik kan
    jd fasi tuk diorang
    mcm2 ragam ley ngok
    hihi~~
    :D

    ReplyDelete
  4. hehe. Alhamdulillah.. seronok.. peserta pun nampak enjoy dengan kem ni. Harap-harap mereka dapat pikul tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.. amin. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^