Sunday, January 22, 2012

Ya Allah....






Ya Allah.... macam ni ke rasanya? Bila dah terlalu lama, terlalu tabah menahan segala tekanan dan cabaran dalam kehidupan, mcam ni ke rasanya? Bila aku diam dan berlagak tenang hadapi kata-kata di sekeliling aku tanpa ada teman untuk meluahkan kecuali padaMu, begini kah rasanya?


Ya Allah.... kalau ini adalah sebahagian daripada dugaanMu, maka aku mohon Engkau kuatkanlah aku untuk menempuhinya dengan redhaMu. Tenangkanlah hati dan sanubariku,tuhan. Buangkanlah kesakitan, keperitan yang membuak dalam jiwaku ini.


Ya Allah.... berkatilah hambaMu ini. Aku mohon, moga-moga senyuman yang terukir di wajahku di sebalik segala yang terbuku di hati ini dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada insan-insan di sekelilingku yang sangat bermakna dalam hidupku.


Ya Allah... jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dan sentiasa taat padaMu serta ibu bapaku. Semoga aku dapat melakukan segala yang termampu untuk mereka selagi aku masih bernyawa walaupun hanya sedikit ruang untukku menagih keakraban di kalangan mereka yang ku sayang.


Ya Allah... Semoga gadis ini yang pada luarannya kelihatan sentiasa ceria, kuat dan tenang akan tetap tersenyum dan membawa sinar keceriaan kepada semua insan yang mengenali dirinya.





Mohon maaf atas penggunaan 'aku' dalam entry ini. Mohon maaf juga sekiranya entry ini tidak menyenangkan anda yang membacanya. Entry ini sekadar luahan hati pemilik blog. Sebarang komen, nasihat serta teguran pembaca amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sesungguhnya, segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri. Salam sayang, terima kasih.






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^