Friday, January 27, 2012

Tekanan hidup???


Assalamualaikum wbt.
===============


Salam Jumaat buat semua pembaca blog. Jam dekat laptop sekarang menunjukkan pukul 1.11 p.m dan pastinya waktu ni kaum Adam akan berada di masjid untuk mengerjakan solat Jumaat. kan? Saya pulak ambil kesempatan update blog sementara mood untuk meng'update' ni masih ada ( tersenyum ).


Sebenarnya saya tak ada idea nak update blog tapi dalam hati ni nak jugak update blog. Okay, abaikan kata-kata tadi. Bila difikirkan balik banyak perkara sebenarnya yang dah berlaku kebelakangan ni boleh ditulis untuk tatapan serta perkongsian dengan kalian tentang ceritera hidup si gadis kelantan ni. Cuma mungkin mood untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dalam bentuk tulisan belum muncul sebab tu lah blog ni tak ber'update'.


Okay, cukup untuk mukaddimah yang agak panjang. Sebenarnya saya nak berkongsi sesuatu yang agak mengganggu fikiran saya kebelakangan ni. Pernah tak kalian tertekan? Mestilah pernah kan? Okay, kalau pernah macam mana bentuk tekanan yang kalian rasakan tu? Apa punca yang buat kalian tertekan? Macam mana kalian mengatasi tekanan tu? Biasanya soalan-soalan tu akan timbul bila perkataan TEKANAN tu disebut.




Okay, tekanan yang saya hadapi kebelakangan ni bukan berkaitan dengan cinta atau kerja. Sebab saya tak bercinta dan saya juga belum bekerja. Jadi, takda sebab lah pulak kan saya nak tertekan pasal dua perkara tu. Sebenarnya, saya pun tak pasti tekanan apa yang sedang menghimpit diri saya ni. Tetapi ianya seakan-akan sedang menguji tahap kematangan saya dalam berfikir, itu yang sering saya rasakan.




Mungkin benar kata orang yang lebih senior, bila sudah semakin dewasa semakin ramai kenalan dari pelbagai golongan usia dengan pelbagai tingkah laku yang mencerminkan siapa mereka sebenarnya. Tapi, sebenarnya di usia inilah cabaran hidup kian bermula. Setiap cabaran dan dugaan hidup ni adalah ujian dari Allah swt yang sebenarnya semakin membuatkan diri saya menjadi lebih matang dan lebih menghargai nikmat pemberianNya.


Semakin saya melangkah untuk kehidupan yang mendatang, semakin banyak perkara yang perlu saya hadapi dengan tenang. Kini, setiap tekanan yang muncul akan saya jadikan sebagai pencetus semangat untuk saya terus berusaha mencapai kehidupan yang lebih baik di samping mencari redha Ilahi. amin.


Terima kasih atas kesudian kalian untuk baca entry saya kali ni.

Wassalam.

[ Yuyu Atiqa ]


Gambar : Google Image




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

  1. just anggap "tekanan" itu sebagai cabaran dalam hidup yuyu okayy . maybe ia akan mematangkan yuyu dalam membuat keputusan :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^