Tuesday, January 17, 2012

Sikap aku??? betul ke?







Hello everybody ! Tak tahu nak update entry pasal apa tapi disebabkan muncul satu idea daripada news feed kat facebook Yuyu tadi, terus excited nak meng'update' entry baru.


Actually, it's about Rahsia Bulan Kelahiran anda. Then, Yuyu pun saja-saja laa kan tengok macam mana lah sikap orang-orang yang lahir dalam bulan Jun ni kan termasuklah tuan empunya blog ni sendiri. hak3.


Lepas dah tengok tu, Yuyu tengok balik sikap diri Yuyu then bandingkan dengan application kat facebook tu. Bukan lah Yuyu nak cakap yang Yuyu percaya dengan application tu sebab kalau percaya dengan benda tu kan syirik.


Jom, kita sama-sama tengok kat bawah ( mana lah tahu ada di kalangan readers ni lahir dalam bulan Jun jugak ) mungkin perangai kita sama kan?


Yang tanda ( ) ni memang perangai si 'commoner ' tapi lau tanda ( ) menandakan yang si ' commoner ' ni confused samada perangai ni ada ke tak dalam diri dia. Hahaha.


Mudah berubah perangai, sikap, idea dan mood.
Mempunyai pemikiran yang aktif ( sentiasa berfikir ).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap suka memilih dan mahukan yang terbaik.
Mudah berkawan dan pandai berkawan.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan.
Berfikiran jauh dan berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Cepat marah dan cepat sejuk.
Suka bercakap dan berdebat.
Suka buat lawak dan bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih dan cerewet.



Okay, cukup setakat tu. Macam mana? Adakah perkara di atas mencerminkan diri anda? haha. Yuyu sendiri pun tak tahu. Okay lah, stop sini dulu. MuchLove !




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^