Friday, January 13, 2012

LEUKEMIA ? Ayah merokok, anak berisiko???






Hello readers ! You know what, menurut satu penyelidikan di Australia, anak-anak yang mempunyai seorang ayah perokok berisiko untuk menghidap leukemia. American Journal of Epidemiology juga meneliti faktor kompleks yang menyebabkan anak-anak menderita Acute Lymphoblastic Leukemia ( ALL ).


" Hasil kajian menunjukkan seorang lelaki perokok tegar, ketika melakukan pembuahan berisiko menghasilkan anak yang menghidap leukemia, " ujar penyelidik di Telethin Institute for Child Health research Elizabeth Milne.


Meskipun begitu, dari data yang mereka dapat hanya tiga daripada lima orang anak dari setiap 100 ribu orang yang menghidap leukemia. Para penyelidik juga mengkaji keluarga dari 300 anak-anak yang menghidap ALL dan menanyakan kebiasaan merokok yang dilakukan oleh orang tua mereka. Perilaku merokok pada ibu tidak berisiko mengembangkan sel kanser ALL pada anak-anak.


Justeru, ayah yang merokok sekurang-kurangnya 20 batang setiap hari, berkemungkinan besar menularkan risiko penyakit ALL kepada anaknya.


Terdapat sembilan laporan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko ALL pada anak-anak. Menurut profesor di University of California pendedahan tembakau dan kanser pada anak telah diabaikan sehingga kini.


Beliau menambah tembakau yang penuh racun mengandungi karsinogen dan membuat kerosakan pada sel-sel yang menghasilkan sperma. DNA sperma yang mengandungi kerosakan pada sel telur boleh menyebabkan penyakit pada keturunannya. Faktor lain yang menyebabkan berkembangnya ALL adalah radiasi X-ray dan pendedahan racun serangga ataupun cat pada ibu-ibu hamil juga dikenal pasti.




Say " NO " to SMOKING !!!


Sumber : MingguanWanita

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

5 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^