Saturday, January 28, 2012

Bagiku, beliau layak dijadikan seorang idola... :)



Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua.

Ketika dan saat ni terdetik di hati untuk mengemaskini entry baru. Beliau adalah topik entry saya. Beliau? Siapa Beliau?? Beliau adalah seorang penulis blog yang mana secara tidak langsung telah menjadi idola pada saya. Tanpa saya sedar saya telah mengagumi beliau dalam diam. Bukan kerana beliau ramai follower. Bukan juga disebabkan ketampanan wajah yang dimilikinya. Tapi ianya berpunca daripada penulisan, idea dan segala perkongsian yang beliau hasilkan dalam blog peribadi beliau.



* Ada iras-iras beliau jugak sekali tengok gambar ni. :D

Siapa kata seorang penuntut jurusan engineering tak boleh menulis blog dengan baik walaupun tak meminati bidang kesusasteraan mahupun penulisan?? In fact, mungkin beliau menulis jauh lebih baik daripada individu yang lain. Bukan nak cakap orang lain tak bagus ke apa. cuma sekarang topiknya adalah tentang beliau kan? hehe.


Saya kagum dengan beliau sebab segala yang beliau coretkan dalam blog peribadi beliau menunjukkan bahawa beliau sangat tulus dalam berkongsi ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Walaupun beliau tidak pernah mengenali saya, saya tak kisah. Sebaliknya, saya sudah cukup bersyukur kerana beliau sudi menerima saya sebagai salah seorang rakan facebook beliau. Subhanallah, itu adalah salah satu khabar gembira daripada Allah kepada saya.


Itu sudah cukup bagi saya. Alhamdulillah, segala yang ditulis oleh beliau tak kira dalam facebook, twitter mahupun blog peribadi beliau sendiri sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan saya. Percaya atau tidak, semakin saya mengikuti segala yang beliau hasilkan di blog peribadi beliau dan kata-kata beliau di twitter khasnya, hati saya rasa semakin dekat dengan Allah swt.


Mungkin Allah swt ingin memberi petunjuk serta membuka hati saya untuk berada lebih dekat denganNya melalui dakwah yang beliau sampaikan. Alhamdulillah... ( menaip sambil tersenyum penuh kesyukuran )



Pernah terdetik di hati agar Allah temukan saya seorang jodoh seperti beliau. Seorang lelaki yang mampu menjadi pemimpin seorang wanita. Kadang-kadang pernah juga berangan adakah beliau jodoh saya? (angan-angan minah jenin) Tapi seriously, beliau mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya.Beliau adalah seorang lelaki apabila mengaguminya, makin kuat hati ini untuk semakin taat pada Ilahi. Ya Allah. Beliau sering membuat diri ini mengingatiMu. Alhamdulillah, syukur.


Jauh di sudut hati, saya sangat berharap bahawa saya dapat bersua muka dengan beliau suatu hari nanti. Dengan izin Allah, waktu itu pasti akan tiba. Saya sangat yakin. Saat ini, saya tertanya-tanya adakah beliau akan baca entry ni? dan adakah beliau akan notice yang beliau adalah orang yang saya maksudkan. Haha. I wonder ! Seriously.


Kata-kata beliau yang sentiasa segar dalam ingatan saya :

" Ikhlaslah menjadi diri sendiri hanya bermatlamatkannya ".

Beliau IDOLA saya ! FullStop !




Gambar : Google Image.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

  1. amin...saya mendoakannya...=)salam kenal..

    ReplyDelete
  2. @shimah :

    ameen..
    terima kasih..
    salam kenal. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^