Friday, September 30, 2011

Cerita seorang gadis ...


Assalamualaikum..



Sebuah cerita tentang kehidupan seorang insan yang bergelar gadis. Dia adalah seorang gadis yang sentiasa ceria, bersemangat dan sangat suka memberikan senyuman kepada semua orang. Dulu, gadis ini sentiasa ceria dan tersenyum walaupun dia berada dalam keadaan sedih dan berduka. Gadis ini seorang yang suka untuk mencuba sesuatu yang baru.


 Dia tidak pernah melepaskan peluang yang terbuka untukknya. Katanya, " kalau sekali saya tak rebut peluang tu untuk dapatkan pengalaman, mungkin dah tak ada peluang kedua buat saya lagi . " Ya, dia memang gadis begitu. Seorang yang suka bergerak bebas tanpa dikongkong dan terikat dengan sesiapa. 


Katanya " selagi saya masih diberi peluang untuk menghargai hidup dan mencari kenalan, saya akan sentiasa mendapatkannya seramai mungkin, kan berkawan biar beribu . " Gadis ini memang seorang yang aktif. Seorang yang sentiasa ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia boleh mencapai apa yang dia inginkan. Itulah sifat gadis yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang periang.


 Namun, benar apa yang kita selalu dengar, 'malam tak selalunya indah, langit tak selalu cerah' setiap makhluk Allah tak pernah terlepas dari ujianNya. Setiap orang pastinya akan mempunyai masalah dalam hidupnya. Gadis ini juga begitu. Semakin dia cuba untuk melangkah, semakin banyak cabaran yang perlu dia hadapi dalam hidupnya. 


Setiap masalah yang mendatang cuba dia hadapi dengan tenang dan sabar. Namun, dia hanyalah seorang gadis biasa. Ada ketikanya dia goyah dan lemah untuk terus melangkah mencari sinar dalam hidupnya menuju kejayaan. Dulu, setiap kali menghadapi masalah, dia mampu menyembunyikannya melalui senyumannya, tapi kini setiap gerak badannya, reaksi wajahnya jelas kelihatan bahawa dia tidak kuat untuk meneruskan perjuangannya.


Tapi hakikatnya, dia bukan gadis yang lemah yang cuba untuk lari dari mengatasi masalahnya tetapi disebabkan dia sudah terlalu cekal dan kuat kerana sudah tidak mampu menahan kudrat sabarnya dalam menempuhi onak dan duri yang mendatang. Kini, senyuman telah berganti tangisan. Jarang lagi dapat melihat gadis ini tersenyum walaupun berada dalam masalah. 


Yang jelas kelihatan cuma airmata yang tak pernah letih untuk mengalir menunjukkan kecelaruan hidup yang sedang dihadapinya. Gadis ini tidak ingin meminta banyak, hanya perhatian dan sokongan insan-insan yang dia sayangi untuk menguatkan semangatnya bagi meneruskan perjuangannya. Gadis ini sedar akan kelemahan dirinya dari segi penghargaan pada orang lain. Ya, itulah kelemahannya.


 Tapi, dia sedang cuba untuk berubah demi insan-insan yang dia sayangi juga demi Allah. Dia hanyalah gadis biasa yang cuba untuk menjadi seorang lebih baik. Gadis ini hanya mampu menangis di atas tikar sejadah tatkala dia mengadu kepada satu-satu Tuhannya yang sentiasa bersamanya. Satu-satunya tempat dia boleh meluahkan, memohon dan mengadu. Iaitu ALLAH S.W.T, Tuhannya yang satu.




salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, September 28, 2011

#1# W O R D L E S S W E D N E S D A Y !


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, September 24, 2011

Open House Dato' Jazlan !


Hi, readers !
Apa yang mampu digambarkan, PENAT ! Saya baru je balik dari rumah Dato' Jazlan tolong mak saya uruskan gerai kat situ. Wahhh ! Tak menang tangan tuuuu. Dalam pada tu jugak sempat lagi saya hiburkan tetamu yang datang dengan 2 buah lagu. hahaha. satu lagu raya dari Aman Shah : Kepulangan Yang dinanti, satu lagi lagu duaet, Pandang2, Jeling2.. hahaha. siap dapat hadiahhh ! lagi.. Glamourrrrrr kejappp! hahaha.. :D Readers, Saya tengah penat sebenarnya ni. Tak larat nak menaip. readers tengok jelah erk gambar2 yang sempat di ' snap ' kat sana tadi. Candid2 je semua. Maap laaa yerk!



# Ni candid tetamu2 Open House kat rumah Dato' Jazlan. haha. ramai uhh.. lebih 7 000 yang datang tadi. :p






# Ni candid mummy !






# Ni time Dato' Jazlan datang gerai my mummy !




# Ni candid my daddy ! ( Ntah van sapeee laaa yang daddy bawak tuhh ! )





# Ini saya ngan budak kecik yang sibuk je nak snap skali ! haha. apron pun tak sempat nak buang. Fuhhh! muka penat tu... :p





# Ni candid my abang ! hahaha, :p




# Oppsss! Okay2.. Nak jelaskan kat sini. Ni candid salah seorang tetamu Open house kat rumah Dato' Jazlan tadi. Hahaha. Ntah pape laaa saya ni kan??! suka2 hati je snap pic orang. yang pasti muka dia iras-iras IDOLA saya : HA ! hahaha. :p



Okaylah readers ! Penat + nak pegi tolong mummy basuh periuk kat dapur! Fuhh ! Takpe2. Pengalaman.... :D


# Thanks for reading this entry !




Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, September 23, 2011

Celebrate birthday Elah and Aliff !



Assalamualaikum dan Hi readers !

Hari ni saya nak update entry pasal birthday celebration BFF saya semalam! Seronok walaupun simple sebab makan cake je ! Tapi yang pasti Blueberry cake tau! Yum yum Yummyyyyy ! :D Okay. here's the story to be share with you!


mula2 saya, Yaya and Anis pergi beli kek kat kedai kek lah. Hahaha. Then sampai kat bilik UBK, si Yaya pun buat air. Disebabkan tak ada senduk mahupun sudu, si Yaya pun gunakan _ _ _ _ _! tahu apa?? tengok bawah !

Hahaha. Yaya terpaksa guna pisau nak kacau air tu. hahaha. Sebelum apa2, air yang tengah Yaya buat tu bukan "Ribena " erkk ! Alaaa yang tagline dia " kelllassssss gituuuu ! " Hahahaha. Tu air anggur epp.. Okay2. Then lepas siap buat air and cake pun dah ready untuk di ' terkam ' kami pun meraikan hari lahir dua orang sahabt kesayangan kami ni, si birthday Boy ( Aliff ) dan si birthday girl ( Elah ).. sayang diorang. :) Ini mereka :


# Elah suap kek kat saya! hahaha. suka2... :D



Elah sempat tanya, kenapa laaa aku terkena ' kembar ' hari lahir dengan si Aliff nihh??! Hahaha. kiteorang pun gelak je bila si Elah tanya macam tu. Ntah pape jeee.. hik3.. Okay2, readers perasan tak dari tadi saya duk sebut kami, kami, kami tapi tak tahu siapa kan??? Hahaha... Ntah pape laa saya ni kan?? Kami tuuuu yang ada kat bawah ni :

# Dari kiri Abby, Anis, Yaya, Me, Elah (birthday Girl ), Adilah, Malin . ( MY SERIKANDI )

# Dari kiri Fawwaz, Safwan, Kimi, Aliff ( birthday Boy ), Mat, Elah ( birthday Girl ) .


Then, lepas makan kek dan tangkap2 gambar, SERIKANDI sempat je tengok movie " Sekali Lagi " lakonan Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan adik kecil yang comel Mia Sara.



Saya kat mana??? Hahaha. cari cepat ! Give up dah?? ! Saya ada je kat situ. Tu ! yang pakai tudung kaler lain dari kawan2 saya duk kat bawah tu! Hahahaha. :D

Okay lah readers, dah tak ada nak di ' story ' kan lagi kot ! Nanti kita story2 lagi ekk .

# Thanks for reading this entry !



Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, September 22, 2011

Sayang mereka KETAT - KETAT !!!



Assalamualaikum and Hi readers !

Entry saya hari ni simple je kot tapi amat bermakna! Chewwaahhh!
Saya nak kenalkan kat readers blog-blog yang wajib saya jengah tiap-tiap kali saya bukak blog saya. Atau dalam erti kata lain BLOG WAJIB BACA !!! Mereka sangat terbaikkkkkk !!!






















Actually, banyak lagi. tapi stop kat sini dulu laa erkk. Readers jangan lupa singgah blog diorang tau! Hehehe. Thanksss for reading this entry!





Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, September 21, 2011

Vochelle, Love and Dreams ...


Assalamualaikum, readers.




Ada apa dengan " Vochelle, love and dreams " ??
Ada sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang terbit jauh di sudut hati.

Ketika bersendirian
Hati ini sering tercari-cari akan sesuatu yang boleh membuat dirinya tersenyum
Tapi, bila yang dicari muncul
Hati ini seakan-akan menafikan kegembiraan yang muncul bersamanya.

Kerana
Diri ini pantas terjaga dari lamunan duniawi
Godaan yang ingin menguasai jiwa yang rapuh ini
Diri ini sendiri tidak mampu untuk bertahan seandainya tidak segera mengawalnya.

Dikala ini
Bibir sering menafikan kalimah rindu
Walaupun wajahnya sering terpancar di ingatan
Namun hati terpaksa menafikan kasih yang mula ada untuk dia
kerana kasih diri ini terhadapNya melebihi segalanya.

Masih segar dalam ingatan
Di saat si dia datang membawa sesuatu yang menjadi kegemaran diri ini
Buat pertama kali diri ini melihat dia yang sebenar
Tersenyum dengan penuh tulus dan ikhlas semata-mata ingin membuat diri ini gembira.

Namun
Diri ini telah melukai hatinya yang cuma ingin kasih sayang
Tapi apakan daya cinta yang kuat dalam diri ini terhadap Maha Esa
Memaksa diri ini untuk berterus terang.

Kini
Tiada ungkapan lain selain terima kasih
Kerana pernah memberi ruang buat diri ini dalam hati si dia
Tiada lain yang diri ini harapkan
Selain si dia cekal mencari cinta Yang Maha Esa
Cinta yang sememangnya ABADI .




Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, September 17, 2011

Kekasih Dambaanku


# sekadar gambar hiasan



Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu

Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu

Aku tahu..
Kami tahu..

Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah
Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya

Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?


# Terima kasih kerana sudi membaca entry ini .


salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Andai seorang perempuan itu datang ...


# sekadar gambar hiasan

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?
MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,
"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."
TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...



# Terima kasih kerana sudi membaca entry ini .


salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥