Sunday, June 12, 2011

Ketulusan dari hati ~


Ku rasakan kedinginan malam
Di saat ku nantikan jawapanmu
Terhadap persoalan yang bermain di mindaku...

Aku masih berharap
Aku masih tertanya - tanya
Adakah aku belum terlambat untuk membaiki kesilapan dahulu...
Adakah aku masih sempat mengembalikan kebahagiaan dulu?
Kebahagiaan yang pernah kita kecapi bersama...

Apa yang bermain di mindaku kini
Adalah jawapanmu terhadap persoalanku..

Segala yang engkau coretkan
Membuatkan aku semakin tabah
Membuatkan aku semakin yakin
Bahawa engkau akan kembali...

Sesungguhnya..
Aku sangat merindui saat itu
Saat yang ku harapkan takkan pernah berganjak..

Kembali lah kasih..
Kembali lah sayang..
Aku tak kuat tanpa dirimu..
Aku tak sanggup lagi kehilanganmu...
Aku tak sanggup bersendirian lagi...

Aku telah rasai segala kepedihan, keperitan
Yang pernah kau rasakan ketika aku abaikan dirimu dulu..
Aku tahu hatimu kian terluka dengan perbuatanku..

Namun..
Aku mohon..
Maafkanlah aku...



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, June 11, 2011

Andainya lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2mu....

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, June 10, 2011

kasih dari hati ~


Tangisan dan kegembiraan..
Itu yang kurasai di malam yang dingin ini...

Ya Allah..
Aku yakin dengan ketentuanMu
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Ya Allah..
malam ini Engkau telah sedarkan aku..
Yang mana permata dan yang mana kaca..

Namun...
Segalanya kegembiraan seketika cuma...
memang ada benarnya...
Yang patah pastinya tumbuh,,
Yang hilang pastinya berganti..

Tetapi,
semuanya yang tumbuh dan berganti
Takkan pernah lagi sama dengan
Yang patah dan hilang...

Ya Allah..
kenapa baru kini aku menyedari semua ini...
Dia, insan yang telah aku lukai
sentiasa ada untukku di saat aku memerlukannya..
kenapa aku begitu kejam membiarkan dirinya
sendirian tanpa kasih sayang dan cinta dariku??
kejamnya aku........

Ya Allah..
seandainya masih lagi ada ruang untukku
menagih kembali cintanya
betapa besarnya kebahagiaan dan syukur
aku panjatkan padaMu...

Namun aku tahu...
segalanya cuma tinggal harapan..
Dia yang pergi
Takkan pernah lagi kembali...

Aku juga tahu...
Walaupun dia makin menjauh
Dia tetap inginkan segala yang terbaik untuk diriku...
Walaupun dia bukan milikku lagi
Namun aku tahu
dia akan sentiasa bersamaku
walaupun hanya dari jauh..

Diabaikan.. Ditinggalkan.. Disakitkan...
Kini aku merasai keperitan yang telah ditanggungnya
disebabkan diriku...

Aku tahu...
walau beribu maaf yang aku ucapkan..
walau berjuta kesilapan yang aku sesalkan..
Ia takkan pernah dapat mengembalikan dirimu
semula ke dalam hidupku...

Aku pasrah kini..
Kerana aku tahu...
Ada hati lain yang telah berjaya
mengisi ruang hatimu menggantikan diriku...

Akhirnya..
Kau telah menemui kegembiraan dan kebahagiaanmu...
Yang sepatutnya engkau kecapi sejak dulu lagi..
Tetapi kini bukan denganku..
Dengan dia...
Gadis bertuah yang telah berjaya mencuri hatimu..

Senyuman dan Keceriaan..
sesuatu yang pernah aku dapat dulu...
sesuatu yang sentiasa menerangi hidupku...
sesuatu yang tak pernah hilang dari diriku...

Tapi sekarang...
Segalanya berubah...
Berubah disebabkan diriku...

Aku akan tetap senyum untukmu...
Namun ku pasti
Senyumanku kini takkan pernah sama dengan
senyuman dan keceriaan yang telah kau berikan
dalam hidupku dulu...
Biarlah senyuman dan keceriaan itu terkubur
dan menjadi memori jua kenangan antara
Kau dan Aku...

Mungkin aku takkan bersedih..
Mungkin air mata ku ini akan berhenti mengalir...
Mungkin senyuman akan sentiasa ku ukir di bibir..

Namun..
Segalanya semata-mata hanya untuk dirimu...
Aku akan tabah dan sabar untuk dirimu...
Aku akan cuba kembalikan diriku yang dulu...
Tapi yang aku pasti..
segala yang aku lakukan tidak akan sendiri...
Akan ku lakukan bersama bayang-bayangmu...
Yang kini menjadi kekuatan untuk diriku
menghadapi cabaran yang mendatang....

Walaupun kau takkan lagi kembali..
Aku sudah cukup bersyukur..
Aku sudah cukup gembira...
Aku sudah cukup bahagia...
Kerana aku tahu bahawa
Engkau masih lagi menyayangiku..

walaupun kau tidak meluahkannya
melalui kata-kata..
tapi aku dapat merasai melalui
cara engkau memberi perhatian padaku...

Seandainya masa dapat diputar kembali dan diberhentikan..
Aku ingin sekali menebus segala kesilapanku..
aku ingin kembalikan kenangan manis kita bersama dahulu..
Sewaktu kau memegang tanganku...
Sewaktu kau merenung ke dalam mataku..
Aku dapat melihat keikhlasan dan pengorbanan
Yang telah kau lakukan untukku...

Tapi segalanya cuma tinggal harapan..
Kerana engkau mahukan memori indah itu terkubur..
Terkubur bersama cinta yang kian bercambah..
tiada kesampaian...

Terima kasih, sayang...
Terima kasih atas segalanya...


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, June 8, 2011

hati mula meluahkan sesuatu yang terbuku




Kekeliruan, kerinduan...
Ia kian terjadi pada diriku...

Penyesalan tidak berguna lagi..
Insan yang pernah mencintai dan dicintai
kian jauh dari hidup ini...
Pergi mencari kebahagiaan
Yang sepatutnya dikecapinya dulu lagi...

Namun aku yang silap..
Aku buta...
Aku tidak melihat cinta dan kasih sayangnya
terhadap diriku
melalui hati dan jiwa...

Aku telah melakukan kesilapan
Dengan mengecewakan hati
yang pernah mencintai
dan menghargai diri ini...

Bodohnya aku..
Kejamkah aku?
Patutkah aku membiarkan dia pergi?
Pergi jauh dari hidup ini...

Aku sendiri tidak tahu
Masihkah lagi aku berpeluang
Untuk merasai kebahagiaan
jua kegembiraan
yang pernah dia berikan
dalam hidupku dulu...


Adakah dia gembira tanpaku??
Adakah dia sudah menemui kebahagiaannya?
Ku rasakan ya..

wahai hati...
Lepaskanlah dia pergi...
engkau telah lukakan hatinya berulang kali...
Janganlah engkau mengulanginya lagi...
Sudah cukup kesakitan yang dia tanggung
Hanya disebabkan dirimu...

wahai hati....
Ikhlaskanlah pengorbanan ini...
Biarlah kini...
engkau merasai penderitaan yang pernah dia rasakan
sewaktu engkau meninggalkan dirinya
keseorangan tanpa dirimu...
Ambillah penderitaannya..
dan berikanlah kebahagiaanmu padanya...


Jauh di sudut hati...
Aku tak sanggup kehilanganmu..
Namun tiada apa yang mampu aku lakukan
Selain memberikan kebahagiaanku padamu
dan melihat senyuman di wajahmu...

Aku akan merindui dan mengingati saat kita dahulu..
walaupun saat itu seketika cuma..
Namun Ia sudah cukup untuk mengubat kerinduanku
terhadap dirimu...

Akan ku kasihi segala pemberianmu padaku...
Akan ku jaga dengan penuh kasih sayang...
Akan ku dakap dan kucupnya
Tika ku ingin memejamkan mataku...
Tika ku bangkit dari lenaku..

Segalanya
Kasih dari hati
Yang takkan pernah jauh darimu...

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, June 2, 2011