Thursday, May 5, 2011

Luahan hati seorang anak


Sahabat....

pernahkah kamu terasa bahawa kamu berada jauh dari ayah kamu walaupun pada hakikatnya dia sentiasa berada di depan mata kamu?? pernahkah kamu mendapat peluang untuk mengucup pipi dan dahi ayah kamu?? pernahkah ayah kamu bertanya khabar tentang kamu?? pernahkah ayah kamu berbual dengan kamu?? pernahkah ayah kamu memberitahu kamu bahawa dia sayangkan kamu?? pernahkah dia mengatakan bahawa dia bangga dengan kamu?? pernahkah dia mengucapkan sesuatu yang membuatkan kamu rasa bahagia?? pernahkah dia meraikan hari lahirmu?? pernahkah dia meraikan hari2 yang membuat kamu gembira?? pernahkah dia memberikan sokongan dan dorongan kepada kamu?? pernahkah dia memberi nasihat dan teguran kepada kamu?? pernahkah dia melafazkan bahawa dia menerima dirimu sebagai anaknya walau bagaimana sekalipun keadaan diri kamu??? pernahkah kamu berpeluang bergurau, usik-mengusik dengan ayah kamu?? pernahkah kamu merasai kasih sayang seorang ayah terhadap kamu?? pernahkah ayah kamu meluangkan masa untuk mendengar luahan hati kamu?? pernahkah kamu berpeluang berkongsi suka duka kamu bersama ayah kamu?? pernahkah kamu mendapat peluang memeluk ayah kamu??? pernahkah ayah kamu menangis kerana mu?? pernahkah ayah kamu mengajak untuk keluar bersantai bersamanya?? pernahkah ayah kamu menjadi imam dan mengajak kamu solat berjemaah??

Ya Allah.....

Sesungguhnya aku bersyukur kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mempunyai seorang insan yang penting dalam hidupku... seorang insan yang bernama AYAH ... Ya Allah, ampunilah aku sekiranya aku terlalu meminta denganMu... Tapi, aku mohon Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan bersama ayahku.... Izinkan aku menjadi anak yang solehah kepada ayahku, Ya Allah... Izinkan aku mendapatkan peluang aku tak pernah aku kecapi ini, Ya Allah... aku mohon Ya Allah, makbulkanlah doa hambamu ini.... Sesungguhnya, aku amat merindui kasih sayang ayahku... kurniakanlah nikmat itu padaku, ya Allah... Aku memohon padamu..... amin ya rabbal alamin....

Sahabat,

Bersyukurlah pada Allah kerana kamu masih lagi mempunyai seorang ayah... Bersyukurlah kerana kamu masih dapat mengecap kegembiraan bersama ayahmu.. Sayangilah ayah kamu walau apa pun yang terjadi... Kerana, dia adalah satu-satunya ayah mu... Tanpa dia dan ibumu, kamu takkan dapat peluang untuk menjejakkan kaki di atas bumi Allah yang penuh dengan keindahan ini... Bersyukurlah, wahai sahabat....



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Konvensyen Mini Program Usahawan Muda ( PUM ) ~

Assalamualaikum, semua.....

Tiqa baru saja balik dari Konvensyen Mini Program Usahawan Muda yang berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah ( 1 ) ... Alhamdulillah, walaupun penyertaan kami pada hari ini sekadar peserta yang memerhati peserta2 lain membuat pembentangan laporan syarikat masing2, namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat juang kami sebagai Ahli Lembaga Pengarah ( ALP ) Syarikat Kaizen Enterprise Sdn. Bhd. untuk berjuang sehabis baik untuk pembentangan laporan syarikat kami pada bulan Jun nanti, InsyaAllah...

To readers : Jangan lupa doakan supaya dipermudahkan segala urusan kami ya!! Terima kasih... Tiqa sayang kamu!!

Tiqa sempat capture foto untuk tatapan readers yang setia membaca blog Tiqa ni.. :)



~ Banner Konvensyen ~


Tiqa ~

Girls sweet pose ~

Adk Bella with cikgu Fatilah ~

Sweet pose ~

Salah satu peserta yang membentangkan laporan syarikat mereka ~





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, May 4, 2011

Pertandingan Pantun ~

Assalamualaikum, semua....


Alhamdulillah syukur yang amat Tiqa panjatkan ke hadrat Ilahi... mesti kawan2 nak tahu kenapa kan?? hehhehee.... actually, Tiqa lawan pantun peringkat PPD/ Daerah hari ni bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah sendiri.. Alhamdulillah, dengan penat lelah dan berkat usaha para pemantun SMK Hamzah, setelah 4 tahun Tiqa menanti untuk menggondol gelaran juara, akhirnya Allah makbulkan doa Tiqa pada hari ini... Meh Tiqa nak cerita sedikit sebanyak perkara yang berlaku semasa perjalanan pertandingan pantun di PPD tadi... Semasa pusingan awal, pasukan pemantun sekolah Tiqa bertemu dengan pasukan pemantun dari SMK Temangan.... 


Untuk pusingan separuh akhir, pasukan pemantun sekolah Tiqa bertemu dengan pasukan pemantun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah.... pemantun pasukan lawan wataniah hebat2 belaka... Proud of them! Alhamdulillah, cabaran yang diberi dapat kami tempuhi dengan tenang dan yakin sehinggalah kami berjaya melayakkan diri ke pusingan Akhir yang mana mempertemukan kami dengan musuh tradisi (hehehehhe) iaitu pasukan pemantun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret.... Sewaktu pusingan akhir, kekuatan Tiqa sedikit tercabar disebabkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pasukan pemantun lawan... 


Namun, bila Tiqa menoleh ke arah barisan pemantun sekolah Tiqa, cikgu2 pantun Tiqa, adik2 yang sentiasa support Tiqa dan yang paling buat Tiqa bersemangat bila mak Tiqa sendiri datang bagi sokongan masa Tiqa bertanding tadi,.... Lepas Tiqa pandang wajah mak Tiqa, semangat Tiqa terus meningkat dan semakin meningkat sekaligus dapat menggoyahkan barisan pemantun pihak lawan... Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, kita manusia tak siapa yang tahu... Syukur alhamdulillah, rezeki menyebelahi pihak kami... 


Thanks a lot to : Cikgu Ghazilah, Cikgu Zorina, Cikgu Amy, Cikgu Normala, Cikgu Zalina, barisan pemantun utama ( Aliff Afifi, Nurul Aishah, Aisyah Nabila, Nurliyana Sakina) dan barisan pemantun pelapis ( Wan Suhaila, Nur Safawati, Hanani) tak lupa juga kepada SERIKANDI (Anis, Yaya, Adilah, Elah, Amalin, Abby) yang selalu support Tiqa no matter happens and the most welcome to semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.. terima kasih yang tidak terhingga... Dengan Izin Allah, kami bakal meneruskan perjuangan dalam menjulang dan mengembalikan kegemilangan dan keindahan serta santunan pantun kelak....

Special For All The Readers :

Doakan kejayaan kami di peringkat negeri dan InsyAllah ke peringkat yang seterusnya nanti ya!! Tiqa sayang kamu...:)

di sini Tiqa selitkan sedikit sebanyak foto kenangan manis yang sempat kami ambil tadi...




Pasukan pemantun SMKH(Merah : juara pusingan) bersama
pasukan pemantun SMKPM (Biru : naib juara)


Aishah, Afifi dan Tiqa
Tiqa bersama Piala Pusingan dan Piala Pemantun Terbaik



Suasana pertandingan Pusingan Akhir



Barisan Pemantun Utama Bumi Hamzah
(Tiqa, Aishah, Afifi, Nabila, Liyana )



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥