Sunday, February 27, 2011

Something today...



Assalamualaikum, semua.... urrmm.. something about today... nothing much actually... cuma macam biasa la bila waktu persekolahan harian.... Untuk tugas sebagai pengacara majlis hari ni, tiqa bagi junior-junior yang handle... hahaha.. bukan buli tau!! hehehe.. sekadar nak bagi mereka pengalaman dan tahu macam mana nak kendalikan majlis... haaa.. ingat senang ke nak jadi pengacara/pengerusi majlis?? 







susah tau!! hahaha.. okay.. next, pembelajaran hari ni best.. kebanyakkannya buat revision laa sebab lusa tiqa start first exam for this year... tadi jugak, ada sesi ceramah motivasi oleh Dr. Abdul Malek bin Seman, Pengarah Urusan Smart Success Consultant, Kuala Lumpur mengenai Teknik Mudah Pembelajaran Sains dan Matematik.. tiqa bangga sangat dapat jumpa dengan beliau.. hehe.. okay.. then, sebelah petang, lepas having lunch with my SERIKANDI, macam biasa lah.. kat mana lagi serikandi akan gather kalau tak dekat bilik seminar unit bimbingan dan kaunseling merangkap rumah kedua kesayangan serikandi.. hahahahaha... petang ni jugak, tiqa dan serikandi sempat handle 5 orang klien ( tolong umi laaaa jugak )... klien-klien tu semua dari tingkatan satu... lepas sesi dengan klien, tiba lak sesi luahan perasaan sesama serikandi.. ahahahaha.. (time release stress lepas study)... pukul 6. 35 lebih kurang, tiqa dan serikandi balik ke rumah masing-masing... hurrmm... tu je kot untuk hari ni.. hehehehe... okaylah!! wassalam...
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, February 24, 2011

airmata di pagi hari..



























hari ni sekolah tiqa dapat cuti peristiwa sebab hari sukan 2 hari yang lalu.. tapi, tiqa still pergi ke sekolah pagi ni sebab ada program Ibu bapa kembali ke sekolah untuk kelas Tiqa bersama unit kaunseling yang dikendalikan oleh Ayahanda Taifor dan Umi Zaiti. tak lupa juga dengan kehadiran ayahanda Mat dan ayahanda pengetua, Tn. Hj. Anuar. 


pagi tadi, sebelum ke bilik seminar, Tiqa sempat menyusul rakan-rakan Tiqa di taman permainan kanak-kanak yang berada di tengah bandar Machang. bukan apa, slot pertama tadi adalah slot kaunselor bersama ibu bapa. Jadi, anak-anak remaja ni tak dibenarkan ada bersama lagi.


Sebab tu lah Tiqa susul rakan-rakan Tiqa kat taman sambil tunggu slot pertama habis... Untuk slot kedua adalah slot anak bersama ibu bapa. Dan pada slot ni, sekali lagi Tiqa mengalirkan air mata apabila ayahanda Taifor menjemput Tiqa untuk berucap di hadapan ibu bapa rakan-rakan Tiqa yang hadir di bilik seminar. 


mana tidaknya, rakan-rakan Tiqa masing-masing dapat pegang tangan ibu dan bapa mereka.. Tiqa agak terkilan sebab mak ngan ayah Tiqa tak dapat datang. Tapi takpe, Tiqa faham situasi mereka. 


Ayah ada urgent meeting yang tak boleh dielakkan. Mak pulak ada katering kat PPD. nak buat macam mana dah secara kebetulan dua-dua event berlangsung secara serentak.. Walaupun mengalirkan air mata, tapi Tiqa tahu Allah dah tentukan ada hikmah yang lebih baik buat Tiqa di sebalik semua ni.


InsyaAllah.. apa-apa pun, program ini dapat memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada tiqa untuk lebih cekal dan sabar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang...

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, February 19, 2011

S.E.N.Y.U.M :)



kawan - kawan,

Senyum itu KELOPAK. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi, kengkawan jangan lupa untuk senyum ya!! Sekerat atau meleret tak kisahlah asalkan jangan senyum sinis sebab itu tak baik tau! Ingat, kalau ketawa itu jangan keterlaluan pula. biarlah cukup sekadarnya sahaja. Okay?!



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, February 11, 2011

- Fadhilat Yasin -


Fadhilat Yasin....
syg,..
dgrlah Fadhilat Yasin..
utk perlindungan dan keselamatan diri,
bcalah ayt 1 sampai 9
sekiranya kita ada penyakit yg dktor kta x ada harapan,bgn tgh malam,
ambil air bca ayat 82 dan 83 100x..
dgn 'kun fayakun' Allah bleh wat apa pun yg kta mahu,..
InsyaAllah,
Yasin pengubat hti ketika d'landa mslh,ulama' kta kalau malas bca Yasin sluruhnya,dan kta ada masalah,rsau sgt,bca ayt 85 dan 86,...
semoga kta sma2 kredhaanNya,..
InsyaAllah...





sumber : salinan dari facebook
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, February 3, 2011

Amalan Untuk Memudahkan Bangun Solat Malam

1. Jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar, seterusnya kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita daripada solat malam. Mari kita lakukan dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!

2. Jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga pada waktu siang semasa bekerja. Anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata-kata yang sangat ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. Pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. Dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor-faktor penolong ini dan mulailah berusaha merealisasikannya.

3. Hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. Salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri Rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya!’ ”. Sesungguhnya dosa itu umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istighfar, dan taubat.

4. Lakukan dengan bertahap

Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. Mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra)

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥