Saturday, December 17, 2011

Tips Menjadi Sahabat yang BAIK.







Hi readers. Hari ni Yuyu nak kongsi Tips untuk menjadi sahabat yang baik. Yuyu harap tips yang Yuyu kongsikan ni sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk kita semua dalam mengeratkan silaturahim di samping menjaga perhubungan kita dengan sahabat-sahabat kita kelak ya !



Memulakan memberi salam apabila bertemu

Ini adalah tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.


Menumpukan perhatian ketika sahabat sedang berbicara dan jangan mencelah
Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.


Menyembunyikan segala rahsia sahabat

Allah menyembunyikan rahsia selagi kita menjaga rahsia sesama kita.


Memanggil nama sahabat dengan panggilan yang disukainya

Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi samada di depan mahupun di belakang kita. Jadi, lakukan perkara yang sama terhadap sahabat kita.


Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat

Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan untuk membodek.


Memberikan pertolongan kepada sahabat

Memberikan pertolongan di sini bermaksud membantu sahabat ketika dia memerlukan tanpa menunggu dia memintanya sebagaimana Allah menolong seseorang selagi mana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.





Okaylah, readers. Setakat tu dulu ya ! Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita dalam menjalani kehidupan di bumi Allah s.w.t. Inshaallah.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^