Saturday, December 31, 2011

Selamat berpisah 2011, Salam perkenalan 2012 ! :)






Hello everybody ! Hari ni agak lewat Yuyu online Facebook Yuyu sebab keadaan kesihatan Yuyu yang agak tidak mengizinkan. Apa-apa pun, macam orang lain juga Yuyu tak nak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua.

Setiap orang mesti akan mempunyai azam tahun baru masing-masing kan? Same goes to me. Alhamdulillah syukur walaupun ada azam tahun 2011 yang masih belum tercapai, tapi Yuyu tetap bersyukur kerana banyak azam untuk tahun 2011 ni dapat Yuyu laksanakan. :)

Dengan izin Allah, Yuyu akan cuba menyempurnakan azam Yuyu pada tahun 2011 walaupun terbawa ke tahun 2012. InshaAllah, azam Yuyu tahun 2012 ni, Yuyu harap Yuyu dapat jadi lebih matang dalam membuat keputusan serta membawa diri untuk meneruskan kehidupan. I really hope that I will get brilliant result for my SPM also dapat menempatkan diri untuk ke universiti dan capai impian Yuyu.

Yuyu juga berharap Yuyu dapat bawa kebahagiaan dalam keluarga Yuyu walaupun sedikit. Yuyu juga berharap dapat jadi hamba Allah yang lebih baik di sisiNya. And last but not least, Yuyu doakan kita semua akan sentiasa dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Amin.


Yuyu mohon maaf sekiranya ada silap dan salah terhadap sesiapa.
Yuyu sayang semua.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^