Friday, December 9, 2011

Kisah Ceria di Klinik Gigi





Hi readers. Hari ini Yuyu nak share satu cerita dengan readers semua. Okay, ceritanya macam ni.








Seorang pesakit gigi yang tidak tahan lagi dengan kesakitan yang amat sangat telah pergi berjumpa dengan doktor gigi. Setelah memeriksa gigi pesakit berkenaan, doktor berkata,

" Ya Allah ! Lubang pada gigi kamu ini sangat besar. Tak pernah saya berjumpa dengan lubang sebesar ini. "

" Ya Allah ! Lubang pada gigi kamu ini sangat besar. Tak pernah saya berjumpa dengan lubang sebesar ini. "

" Ya Allah ! Lubang pada gigi kamu ini sangat besar. Tak pernah saya berjumpa dengan lubang sebesar ini. "


Pesakit itu berasa kurang senang dengan kata-kata doktor memberi respons ;


" Kalau ya pun lubang pada gigi saya tersangat besar, tak perlulah doktor nak ulang sampai tiga kali, saya bukannya pekak. "


Doktor menjawab,

" Maaf encik, saya memang hanya sebut sekali sahaja. Yang encik dengar sampai tiga kali itu ialah kesan bergaungnya lantaran lubang gigi encik yang tersangat besar. "



Moral of the story :

Kita dinasihatkan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. InshaAllah kita akan dapat menjaga gigi dengan baik jika sentiasa mengamalkan amalan ini secara istiqamah.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. muahaha..pnyla besar lubang tu smpi jdi echo!hee.jagalah kebersihan gigi anda :DD

    ReplyDelete
  2. gila ah sampai ber echo..haha..siot jek

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^