Tuesday, December 27, 2011

Kenapa si dara jelita masih single ???








Hello readers ! Miss me?? NO? Haha. nevermind, tak kisah pun ! hak3. LOL ! Readers, actually bukan semua si gadis jelita atau anggun sudah berpunya. Termasuk laa Yuyu. Ehh. kejap2. Jelita ke??? perasan kan?? HAHA. Tak kisahlah ! :p

Okay2. Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini anda tidak bertemu pasangan hidup sedangkan anda dikurniakan Allah rupa paras yang sungguh cantik, kerjaya yang hebat, dan memiliki segalanya. Namun, jauh di sudut hati masih terasa sunyi tanpa cinta dari kaum Adam.

Mungkin ini adalah sebab-sebabnya :

PERNAH DIKECEWAKAN
Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendiri. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan hidupnya dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.


PERSEPSI SUKAR DIDEKATI
Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati apatah lagi untuk dijadikan sebagai pasangan istimewa. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, maka sampai ke tua lah si jelita membujang.


TERLALU JUAL MAHAL
Kebiasaannya, si gadis jelita ini gaak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si jelita merasakn dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri anda kelak. Makanya, bermurahlah hati untuk melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja.


MENCARI PASANGAN YANG IDEAL
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang bersama. Begitulah kata pepatah. Orang cantik mestilah mencari orang yang sepadan dengannya. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.


TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYA
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah, cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerjaya nombor satu. Namun, mereka lupa usia tidak menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja, sehingga ke hari ini masih sendiri lagi.


BANYAK PILIHAN
Aduh.. pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih yang di sini, di sana pula akan kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Maka, jadilah 'single' sehingga ke hari ini !


Oooooo ya ! Mesti ada yang tertanya-tanya dari mana Yuyu dapat tips ni kan? haha. Yuyu ni kan pembaca yang agak 'setia' majalah Dara.Com. So, Yuyu dapat tips ni dari situ laa.. Clear??? Hehe. Good then !



Okay readers, that's all. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^