Wednesday, September 21, 2011

Vochelle, Love and Dreams ...


Assalamualaikum, readers.




Ada apa dengan " Vochelle, love and dreams " ??
Ada sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang terbit jauh di sudut hati.

Ketika bersendirian
Hati ini sering tercari-cari akan sesuatu yang boleh membuat dirinya tersenyum
Tapi, bila yang dicari muncul
Hati ini seakan-akan menafikan kegembiraan yang muncul bersamanya.

Kerana
Diri ini pantas terjaga dari lamunan duniawi
Godaan yang ingin menguasai jiwa yang rapuh ini
Diri ini sendiri tidak mampu untuk bertahan seandainya tidak segera mengawalnya.

Dikala ini
Bibir sering menafikan kalimah rindu
Walaupun wajahnya sering terpancar di ingatan
Namun hati terpaksa menafikan kasih yang mula ada untuk dia
kerana kasih diri ini terhadapNya melebihi segalanya.

Masih segar dalam ingatan
Di saat si dia datang membawa sesuatu yang menjadi kegemaran diri ini
Buat pertama kali diri ini melihat dia yang sebenar
Tersenyum dengan penuh tulus dan ikhlas semata-mata ingin membuat diri ini gembira.

Namun
Diri ini telah melukai hatinya yang cuma ingin kasih sayang
Tapi apakan daya cinta yang kuat dalam diri ini terhadap Maha Esa
Memaksa diri ini untuk berterus terang.

Kini
Tiada ungkapan lain selain terima kasih
Kerana pernah memberi ruang buat diri ini dalam hati si dia
Tiada lain yang diri ini harapkan
Selain si dia cekal mencari cinta Yang Maha Esa
Cinta yang sememangnya ABADI .




Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^