Friday, September 16, 2011

Sejadah Cinta



Dalam menjalani sisa-sisa hidup, lebih banyak rintangan dan dugaan melanda diri ini. Semakin hari, semakin membuatkan aku mengingati zaman silam, zaman di mana ketika aku dilanda pelbagai maksiat serta kemungkaran. Semakin banyak aku ingatinya kembali, semakin deras air mata yang mengalir.
"Adik… adik dah solat Asar ka?" Tanya ibu kepada aku.
"Dah ibu, baru sudah solat bu."
Itulah jawapan nafsu aku, ketika mana ibu bertanyakan tentang solat aku. Ketika itu usiaku sudah meningkat remaja. Solat belum pernah aku sempurnakan. Aku anak kesayangan ibu dan bapa aku. Bapa dan ibu sudah lanjut usianya, ketika aku dilahirkan ibuku sudah menginjak ke usia 40-an, sudah 20 tahun lebih ibu dan bapa aku berumahtangga, tetapi hanya aku satu-satunya anak tunggal mereka. Aku dilayan seperti seorang raja di rumah, semua kehendak aku disempurnakan mereka. Sehinggakan mereka tidak pernah sekalipun menjentik tubuh badanku.
Bapaku hanya tahu mencari nafkah zahir untuk keluarga, tidak pernah dia memberi nafkah batin kepadaku. Tidak pernah aku solat berjemaah dengannya dan bapa juga tidak pernah mengajarkan aku satu huruf daripada al-Quran pun. Yang pasti aku dilahirkan dengan penuh kemewahan. Aku selalu pulang lewat ke rumah, tetapi tidak pernah satu suara pun yang keluar dari mulut kedua orang tuaku untuk menasihatkanku. Aku hidup dalam Syurga dunia, aku buat semua yang terlintas di fikiranku, mengikut selera nafsuku. Bermacam jenis maksiat aku lakukan, tidak pernah aku puas. Tergambar Islam itu hanya solat dengan puasa sahaja bagiku.
Aku membesar dengan kekayaan serta kejahilan. Pada usiaku mencapai 20-an, ibu bapaku pergi ke luar Negara. Perginya mereka, pergi buat selama-lamanya. Ketika berita kemalangan itu, aku merasakan seperti jantungku berhenti berdegup, mataku berhenti berkelip, aku kaku, air mataku mula mengalir deras. Aku sudah yatim piatu. Aku tiada saudara mara. Ke mana aku selepas itu... aku kemudiannya dibela oleh rakan bapaku, rakan baiknya di pejabat. Bermulalah kehidupan baruku, aku mula merasakan hidupku tidak seperti dahulu, aku mula dikawal, aku mula di'undang-undang'kan.
Di rumah itu aku merasakan suatu yang berlainan dari cara kehidupanku dahulu, kalau nak sarapan, kena solat Subuh dahulu, nak makan tengah hari, kena solat Dhuha dahulu. Tika itu, aku tidak mengenal apa itu solat Dhuha. Setiap perbuatan pasti akan ada undang-undangnya. Rutin harianku diselang dengan ibadat, hari-hari aku berbohong. Sehinggalah suatu hari, di mana anak bongsu ayah angkat aku balik, namanya Hajar, dia muda tiga tahun daripada aku. Ketika mula melihat dia, aku merasakan kelainan pada dirinya. Sememangnya dia gadis yang baik. Aku agak malu dengannya, tidak sama dengan perempuan-perempuan lain sebelum ini. Suaranya yang samar-samar, membuatkan aku tertanya-tanya.
"Kenapa dia ni takut-takut ja nak cakap? Dah la pelik, dalam rumah pun nak pakai sarung kaki ka? Sejuk kot." Aku bercakap dengan hatiku sendiri.
Aku mula tertanya-tanya dalam diri, sejak mula dia pulang ke rumah. "Kenapa ya dia pakai tudung sampai ke lutut, tak panas ka? Orang lain tak pakai pun. T-shirt yang dia pakai pun labuh-labuh."
Aku semakin ingin mengetahui. Ada suatu pagi, terdengar suara tersedu-sedu menangis dari kamar Hajar. "Kenapa la dengan dia tu, dah pukul lima pagi ni, nangis pulak." Aku mula terdengar suara yang semacam bercakap Arab. "Ganjil betul la dia ni, tadi nangis pastu baca bahasa Arab pulak." Bisik hatiku, berbagai persoalan timbul di ruang fikiran.
“Dia study kot, atau dia gagal dalam exam, sebab tu dia menangis.” Hati kecil aku membisik. Setiap malam, aku mendengar tangisan yang sama dan semua tu dah dianggap biasa bagi aku."Biar la dia nak menangis pun, rumah dia kan." Hati kecil aku mengomel lagi sendirian.
Setelah seminggu Hajar di rumah, aku tidak berpeluang lagi berborak dengannya. Dia seorang pemalu, orang cakap apa 'Muslimah' tapi bagi aku pada masa itu semuanya sama sahaja. Kalau duit ada semua boleh dapat. Pada suatu hari aku melihat Hajar bersendirian, aku mula mendekatinya, dia seakan-akan hendak menjauhkan diri. Aku memulakan langkah untuk menyekatnya.
"Assalamualaikum." Perkataan spontan keluar dari mulutku. Hajar menjawab salamku. Aku usahakan lagi dengan mengajukan soalan kepadanya.
"Macam na study, ok ka? Belajar dalam bidang apa? Berapa tahun lagi belajar? Ooo... saya belajar kat Utm KL, bidang kejuruteraan." Bermacam-macam soalan diajukan, Hajar seakan-akan hendak melarikan diri. Setelah tiga minggu bertemu dengan Hajar, hatiku mula terbuka untuknya, aku rasakan dia wanita yang aku cari selama ini.
"Yang ketat-ketat tu wat awek ja, nak wat isteri mesti cari yang solehah." Teringat kembali kata-kata kawan-kawan aku. Memang betul kata mereka, aku mencari masa yang sesuai untuk meluahkannya. Sampai satu masa, Hajar sedang membaca novel 'Ayat-ayat cinta' aku mula tersenyum, merasakan peluang semakin cerah, aku merasakan dia pun minat cinta-cinta ni.
Aku mula menyapa, "Best ka novel tu?" Dia menganguk. Aku mula bertanya, "Pernah couple ka? Atau sedang couple sekarang?" Dia senyap... mungkin malu agaknya, aku mula keluarkan mukadimah cinta, tanpa segan dan silu aku mengungkapkan.
"Jom kita couple. Nak?"
Hajar terkejut dengan kata-kata aku, dia mula membuka mulutnya, "Saya minta maaf Yusof, saya tak boleh couple dengan Yusof." Suara yang penuh hormat keluar dari mulutnya. Aku terdiam... merasa malu mungkin, dalam sejarah ayat-ayat cintaku tidak pernak ditolak.
Aku bertanya "Kenapa tak boleh? Dah berpunya ke?" Hajar menjawab, “Tidak Yusof, saya… saya tak pernah couple dan kita orang Islam tak boleh couple. Haram!"
Aku mula merasa satu benda yang jauh berbeza dari sudut pandangan aku. Aku mula bertaya,"Bukankah kita diciptakan berpasang-pasangan dan saling cinta-mencintai?" Aku mula yakin dengan persoalan aku.
"Ya, betul tu Yusof, tapi kita ada batas-batasnya. Kita boleh bercinta tetapi selepas nikah, cinta-mencintai kerana Allah. Cintalah Allah, insya-Allah cinta manusia akan menyusur." Ringan jawapannya, tetapi berat bagi aku menerimanya.
Aku mula menjauhkan diri. Malu aku rasakan, hari ke hari, aku semakin yakin Hajar jodoh aku. Aku mula beribadat dan menuntut ilmu agama untuk mendapatkan Hajar. Semakin belajar, semakin banyak aku hendak mengetahuinya, aku kini semakin cintakan ilmu agama, aku mula sedar aku hanya seorang hamba, banyak kesalahan yang aku lakukan selama ini, aku beribadat kerana riak, kerana menunjuk-nunjuk, kerana seorang wanita.

Niatku mula berubah, aku kini mencari cinta yang hakiki. Aku mula hamparkan sejadah cinta di hening malam. Aku bertaubat, aku menangis, aku mengharap dosa aku diampunkan, aku mengharap cintaku kepada-Nya diterima. Kini baru aku sedar, tangisan Hajar bukan tangisan kedukaan dunia, tetapi tangisan mengharap kebahagiaan Akhirat. Aku bukan Yusof yang dulu, aku bangun dan terus bangun, mengharap nur kasih, cinta hamba kepada Pencipta.


# IluvIslam


Salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^