Saturday, September 17, 2011

Kekasih Dambaanku


# sekadar gambar hiasan



Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu

Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu

Aku tahu..
Kami tahu..

Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah
Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya

Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?


# Terima kasih kerana sudi membaca entry ini .


salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. kita yg mmbuatkan kita tak layak sebenarnya kan

    ReplyDelete
  2. Wahh...best2!

    Jalan-jalan sini....nice blog...suka theme n music nie~~=)

    ReplyDelete
  3. Jiji : In progress to be better person..
    fadlisabri : thanks ! :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^