Friday, September 30, 2011

Cerita seorang gadis ...


Assalamualaikum..



Sebuah cerita tentang kehidupan seorang insan yang bergelar gadis. Dia adalah seorang gadis yang sentiasa ceria, bersemangat dan sangat suka memberikan senyuman kepada semua orang. Dulu, gadis ini sentiasa ceria dan tersenyum walaupun dia berada dalam keadaan sedih dan berduka. Gadis ini seorang yang suka untuk mencuba sesuatu yang baru.


 Dia tidak pernah melepaskan peluang yang terbuka untukknya. Katanya, " kalau sekali saya tak rebut peluang tu untuk dapatkan pengalaman, mungkin dah tak ada peluang kedua buat saya lagi . " Ya, dia memang gadis begitu. Seorang yang suka bergerak bebas tanpa dikongkong dan terikat dengan sesiapa. 


Katanya " selagi saya masih diberi peluang untuk menghargai hidup dan mencari kenalan, saya akan sentiasa mendapatkannya seramai mungkin, kan berkawan biar beribu . " Gadis ini memang seorang yang aktif. Seorang yang sentiasa ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia boleh mencapai apa yang dia inginkan. Itulah sifat gadis yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang periang.


 Namun, benar apa yang kita selalu dengar, 'malam tak selalunya indah, langit tak selalu cerah' setiap makhluk Allah tak pernah terlepas dari ujianNya. Setiap orang pastinya akan mempunyai masalah dalam hidupnya. Gadis ini juga begitu. Semakin dia cuba untuk melangkah, semakin banyak cabaran yang perlu dia hadapi dalam hidupnya. 


Setiap masalah yang mendatang cuba dia hadapi dengan tenang dan sabar. Namun, dia hanyalah seorang gadis biasa. Ada ketikanya dia goyah dan lemah untuk terus melangkah mencari sinar dalam hidupnya menuju kejayaan. Dulu, setiap kali menghadapi masalah, dia mampu menyembunyikannya melalui senyumannya, tapi kini setiap gerak badannya, reaksi wajahnya jelas kelihatan bahawa dia tidak kuat untuk meneruskan perjuangannya.


Tapi hakikatnya, dia bukan gadis yang lemah yang cuba untuk lari dari mengatasi masalahnya tetapi disebabkan dia sudah terlalu cekal dan kuat kerana sudah tidak mampu menahan kudrat sabarnya dalam menempuhi onak dan duri yang mendatang. Kini, senyuman telah berganti tangisan. Jarang lagi dapat melihat gadis ini tersenyum walaupun berada dalam masalah. 


Yang jelas kelihatan cuma airmata yang tak pernah letih untuk mengalir menunjukkan kecelaruan hidup yang sedang dihadapinya. Gadis ini tidak ingin meminta banyak, hanya perhatian dan sokongan insan-insan yang dia sayangi untuk menguatkan semangatnya bagi meneruskan perjuangannya. Gadis ini sedar akan kelemahan dirinya dari segi penghargaan pada orang lain. Ya, itulah kelemahannya.


 Tapi, dia sedang cuba untuk berubah demi insan-insan yang dia sayangi juga demi Allah. Dia hanyalah gadis biasa yang cuba untuk menjadi seorang lebih baik. Gadis ini hanya mampu menangis di atas tikar sejadah tatkala dia mengadu kepada satu-satu Tuhannya yang sentiasa bersamanya. Satu-satunya tempat dia boleh meluahkan, memohon dan mengadu. Iaitu ALLAH S.W.T, Tuhannya yang satu.




salam sayang,

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^