Monday, August 22, 2011

Di saat Aku bersendirian




Di saat aku bersendirian
Aku teringat kembali kenangan dulu
ketika pertama kali mengenal apa itu
KASIH SAYANG dan PENGORBANAN

Di saat aku bersendirian
segala kenangan pahit dan manis kembali
menerjah ke ruang ingatanku
saat pertama kali bertemu
tak pernah terlintas di fikiranku bahawa kita akan saling mengenali
namun perancangan Ilahi melebihi segalanya
Dia telah mempertemukan aku denganmu

Di saat aku bersendirian
teringat kembali senyum dan tawa yang telah kau bawa dalam hidupku
setiap usikmu mengukir senyum dibibirku
di dalam marah ku tersenyum
di dalam garang ku terharu
atas segala yang kau lakukan untuk sentiasa menggembirakan diriku

Di saat aku bersendirian
titis air mataku gugur di atas tikar sejadah
memanjatkan syukur ke hadratNya
kerana membawa dirimu kembali ke jalanNya
syukur ku panjatkan kerana Dia telah memberi hidayah padamu
untuk merubah kehidupanmu ke jalan yang benar
air mata gembira dan syukur sekali lagi gugur
tatkala kau khabarkan padaku
bahawa bonda mu gembira dengan perubahan dirimu

Di saat aku bersendirian
sering ku tatap gambarmu yang ku hiaskan dalam kamarku
sering ku peluk pemberianmu yang amat bermakna serta ku kasihi
sering ku jadikan peneman buatku
ketika sendu
ketika sedih
ketika sayu
ketika sunyi
ketika gusar
lalu terdetik nun jauh di dasar hatiku
adakah kau masih mengingati diriku

Di saat aku bersendirian
air mataku tak segan menitis
tatkala aku menadah tangan mendoakan dirimu
yang kian jauh dariku
agar sentiasa mendapat rahmat dariNya

Di saat aku bersendirian
aku mula merasakan apa yang telah kau rasakan
sewaktu aku melukai hatimu dulu
betapa perit
betapa pahit
betapa sakitnya hati pabila dilukai oleh insan yang amat dikasihi
pabila aku telah kehilangan dirimu dalam hidupku

Di saat aku bersendirian
aku tak putus mendoakan kebahagiaan dirimu
dan aku juga tahu bahawa kau telah menemui kebahagiaanmu
dengan si dia yang telah berjaya mengembalikan senyuman di wajahmu
setelah sekian lama kau berduka dan kecewa
Kau pantas mendapatkan kebahagiaan
tanpa diriku di sisimu

Di saat aku bersendirian
kemaafan dari jauh ku pinta
atas segala kesilapanku terhadapmu
selama hayatku

Di saat aku bersendirian
kini ku sedar dan mengerti apa itu
KASIH SAYANG dan PENGORBANAN
yang sering kau ungkapkan
cuma satu yang ku pinta
kenang daku dalam doa mu.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^