Thursday, May 5, 2011

Luahan hati seorang anak


Sahabat....

pernahkah kamu terasa bahawa kamu berada jauh dari ayah kamu walaupun pada hakikatnya dia sentiasa berada di depan mata kamu?? pernahkah kamu mendapat peluang untuk mengucup pipi dan dahi ayah kamu?? pernahkah ayah kamu bertanya khabar tentang kamu?? pernahkah ayah kamu berbual dengan kamu?? pernahkah ayah kamu memberitahu kamu bahawa dia sayangkan kamu?? pernahkah dia mengatakan bahawa dia bangga dengan kamu?? pernahkah dia mengucapkan sesuatu yang membuatkan kamu rasa bahagia?? pernahkah dia meraikan hari lahirmu?? pernahkah dia meraikan hari2 yang membuat kamu gembira?? pernahkah dia memberikan sokongan dan dorongan kepada kamu?? pernahkah dia memberi nasihat dan teguran kepada kamu?? pernahkah dia melafazkan bahawa dia menerima dirimu sebagai anaknya walau bagaimana sekalipun keadaan diri kamu??? pernahkah kamu berpeluang bergurau, usik-mengusik dengan ayah kamu?? pernahkah kamu merasai kasih sayang seorang ayah terhadap kamu?? pernahkah ayah kamu meluangkan masa untuk mendengar luahan hati kamu?? pernahkah kamu berpeluang berkongsi suka duka kamu bersama ayah kamu?? pernahkah kamu mendapat peluang memeluk ayah kamu??? pernahkah ayah kamu menangis kerana mu?? pernahkah ayah kamu mengajak untuk keluar bersantai bersamanya?? pernahkah ayah kamu menjadi imam dan mengajak kamu solat berjemaah??

Ya Allah.....

Sesungguhnya aku bersyukur kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mempunyai seorang insan yang penting dalam hidupku... seorang insan yang bernama AYAH ... Ya Allah, ampunilah aku sekiranya aku terlalu meminta denganMu... Tapi, aku mohon Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan bersama ayahku.... Izinkan aku menjadi anak yang solehah kepada ayahku, Ya Allah... Izinkan aku mendapatkan peluang aku tak pernah aku kecapi ini, Ya Allah... aku mohon Ya Allah, makbulkanlah doa hambamu ini.... Sesungguhnya, aku amat merindui kasih sayang ayahku... kurniakanlah nikmat itu padaku, ya Allah... Aku memohon padamu..... amin ya rabbal alamin....

Sahabat,

Bersyukurlah pada Allah kerana kamu masih lagi mempunyai seorang ayah... Bersyukurlah kerana kamu masih dapat mengecap kegembiraan bersama ayahmu.. Sayangilah ayah kamu walau apa pun yang terjadi... Kerana, dia adalah satu-satunya ayah mu... Tanpa dia dan ibumu, kamu takkan dapat peluang untuk menjejakkan kaki di atas bumi Allah yang penuh dengan keindahan ini... Bersyukurlah, wahai sahabat....



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

  1. cik yuyu jangan sedih k..
    disana nanti pasti kiter akan bertemu semula dengan mereka...

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^