Wednesday, May 4, 2011

Pertandingan Pantun ~

Assalamualaikum, semua....


Alhamdulillah syukur yang amat Tiqa panjatkan ke hadrat Ilahi... mesti kawan2 nak tahu kenapa kan?? hehhehee.... actually, Tiqa lawan pantun peringkat PPD/ Daerah hari ni bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah sendiri.. Alhamdulillah, dengan penat lelah dan berkat usaha para pemantun SMK Hamzah, setelah 4 tahun Tiqa menanti untuk menggondol gelaran juara, akhirnya Allah makbulkan doa Tiqa pada hari ini... Meh Tiqa nak cerita sedikit sebanyak perkara yang berlaku semasa perjalanan pertandingan pantun di PPD tadi... Semasa pusingan awal, pasukan pemantun sekolah Tiqa bertemu dengan pasukan pemantun dari SMK Temangan.... 


Untuk pusingan separuh akhir, pasukan pemantun sekolah Tiqa bertemu dengan pasukan pemantun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah.... pemantun pasukan lawan wataniah hebat2 belaka... Proud of them! Alhamdulillah, cabaran yang diberi dapat kami tempuhi dengan tenang dan yakin sehinggalah kami berjaya melayakkan diri ke pusingan Akhir yang mana mempertemukan kami dengan musuh tradisi (hehehehhe) iaitu pasukan pemantun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret.... Sewaktu pusingan akhir, kekuatan Tiqa sedikit tercabar disebabkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pasukan pemantun lawan... 


Namun, bila Tiqa menoleh ke arah barisan pemantun sekolah Tiqa, cikgu2 pantun Tiqa, adik2 yang sentiasa support Tiqa dan yang paling buat Tiqa bersemangat bila mak Tiqa sendiri datang bagi sokongan masa Tiqa bertanding tadi,.... Lepas Tiqa pandang wajah mak Tiqa, semangat Tiqa terus meningkat dan semakin meningkat sekaligus dapat menggoyahkan barisan pemantun pihak lawan... Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, kita manusia tak siapa yang tahu... Syukur alhamdulillah, rezeki menyebelahi pihak kami... 


Thanks a lot to : Cikgu Ghazilah, Cikgu Zorina, Cikgu Amy, Cikgu Normala, Cikgu Zalina, barisan pemantun utama ( Aliff Afifi, Nurul Aishah, Aisyah Nabila, Nurliyana Sakina) dan barisan pemantun pelapis ( Wan Suhaila, Nur Safawati, Hanani) tak lupa juga kepada SERIKANDI (Anis, Yaya, Adilah, Elah, Amalin, Abby) yang selalu support Tiqa no matter happens and the most welcome to semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.. terima kasih yang tidak terhingga... Dengan Izin Allah, kami bakal meneruskan perjuangan dalam menjulang dan mengembalikan kegemilangan dan keindahan serta santunan pantun kelak....

Special For All The Readers :

Doakan kejayaan kami di peringkat negeri dan InsyAllah ke peringkat yang seterusnya nanti ya!! Tiqa sayang kamu...:)

di sini Tiqa selitkan sedikit sebanyak foto kenangan manis yang sempat kami ambil tadi...




Pasukan pemantun SMKH(Merah : juara pusingan) bersama
pasukan pemantun SMKPM (Biru : naib juara)


Aishah, Afifi dan Tiqa
Tiqa bersama Piala Pusingan dan Piala Pemantun Terbaik



Suasana pertandingan Pusingan Akhir



Barisan Pemantun Utama Bumi Hamzah
(Tiqa, Aishah, Afifi, Nabila, Liyana )



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^