Monday, March 28, 2011

Something good to share ~



Assalamualaikum semua...

dah lama Cik Yuyu AtiQa tak update blog kan?? hehe.. actually, tak tahu nak update pasal apa... Kebetulan malam ni, Tiqa tak ada extra class while baru lepas study untuk Subjek Pendidikan Islam... So, Tiqa nak post something tentang apa yang dapat menarik perhatian Tiqa petang tadi.. Okay.. macam ni...

Kat kawasan rumah Tiqa ni ( Machang ) ada pasar malam iaitu pada setiap hari Isnin, hari ni laaa... Seperti kebiasaan para peniaga mula mempersiapkan gerai jualan sejak dari pukul 4.30 petang lagi.. Jadi, Tiqa singgah kejap kat pasar malam alang-alang tunggu kenderaan untuk balik ke rumah pukul 6.30 petang.. Bila Tiqa masuk aje dalam crowd kat pasar malam tu,

Tiqa pun terus menuju ke gerai menjual minuman kepunyaan ibu saudara Tiqa.. hehe.. Motif yang utama adalah untuk mendapatkan air " coconut shake " gratisan !! hahaha... teruk kan?? apa-apa pun, Tiqa sempat tolong ibu saudara Tiqa kat gerainya tadi...

Then, ada situasi yang berlaku sewaktu Tiqa kat gerai ibu saudara Tiqa tu... Macam ni, masa pasar malam which started petang tadi, tiba-tiba hujan turun... So, situasi macam tu agak menyukarkan para peniaga untuk berniaga..

Dan apa yang dapat menarik perhatian Tiqa ialah ada sorang mak cik ni... dalam keadaan hujan tadi kan, dia tetap tak putus asa bukak payung besar (yang orang selalu guna untuk berteduh) untuk jadikan tempat berteduh untuk dia berniaga betul-betul kat sebelah gerai ibu saudara Tiqa... walaupun cuma berniaga kacang dan " etok " tapi memang Tiqa kagum sangat-sangat dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mak cik tu... Tiqa respect laaa mak cik tu..

* Moral Of the Story : kita jangan mudah putus asa dalam mencapai sesuatu untuk kebaikan diri serta sentiasa berusaha + tawakkal untuk mencapai kejayaan kelak .... :)






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^