Thursday, March 17, 2011

Kisah seorang gadis ~



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Sahabat, dalam dunia ni macam-macam kisah kehidupan yang kita dengar kan?? Untuk kali ni, Tiqa rasa macam nak kongsi pengalaman Tiqa dengan kisah kehidupan seorang gadis yang inginkan kebahagiaan dalam hidupnya.

Gadis ini dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dia dikelilingi oleh bermacam-macam ragam manusia. Dari situ dia mula bergaul dengan semua orang. Dia juga seperti gadis lain, diberikan pendidikan di sekolah rendah dan kini dia adalah salah seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Tatkala melalui hari-hari dalam hidupnya, dia kian terasa kesunyian, kesepian dan tersisih dari keluarganya. Dia sering menghabiskan kebanyakkan harinya di sekolah berbanding di rumah. Baginya, dia mendapat kasih sayang daripada insan-insan yang sentiasa bersamanya di sekolah dan menganggap mereka sebagai keluarganya sendiri. Dia seolah-olah merasakan dirinya semakin disisihkan daripada keluarganya apabila berada di rumah.

 Dia sering mengalami kemurungan apabila memikirkan masalah yang terpaksa dihadapinya itu. Disebabkan itu, dia lebih cenderung untuk mengasingkan dirinya di dalam kamarnya. Namun, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang bagi mengecap kebahagiaan yang diingininya iaitu mendapat ruang kasih sayang dalam keluarga kandungnya. Dia tidak pernah putus asa mendoakan kedua ibu bapanya dan adik-beradiknya menerima dan menyayangi dirinya seadanya.

Dia sering berkata,

"kalaulah saya berpeluang untuk mencium kedua-dua belah pipi ayah saya, saya takkan pernah lepaskan peluang tu"....

 Dia cuma inginkan perhatian daripada keluarganya. Tapi, Allah masih menguji dirinya untuk terus berusaha untuk mengecap kebahagiaan tersebut.

Pesanan yang sentiasa diingatinya,

“Ingatlah sayang, suatu hari nanti, engkau pasti akan dapat apa yang kau hajati itu..
Jangan putus asa ya” !! 

Sambil mengalirkan air mata gadis itu berkata dalam sedu,

"saya takkan pernah putus asa demi cinta dan kasih sayang saya terhadap mereka.."


Buat sahabat,

hargailah peluang yang kamu ada untuk bersama dengan keluargamu selagi kamu masih mempunyai kesempatan itu.

 Diharapkan kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata sahabat sekalian..

Wassalam.


 

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^