Saturday, March 12, 2011

Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya ~

Assalamualaikum, semua... Tiqa dah selamat pulang dari Kem Kepimpinan PRS yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sri Pantai Beach Resort, Bachok. Alhamdulillah, syukur yang teramat Tiqa panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi keizinan kepada Tiqa untuk terus menjalankan tugas sebagai khalifahNya di bumi Malaysia yang bertuah ini. Okay..

Melalui kem ini, Tiqa dapat menimba banyak pengalaman baru di samping berkongsi buah fikiran sesama peserta kem yang terdiri daripada rakan2 senior dan junior Tiqa. Di sini juga, Tiqa ingin coretkan satu pengalaman yang sangat berharga kerana ini merupakan kali pertama Tiqa harus berhadapan dengan situasi yang mencemaskan. Begini ceritanya...

 Pada 11 Mac 2011, lebih kurang jam 8.15 malam, Tiqa dan peserta yang lain dikejutkan dengan berita bahawa tsunami telah melanda Jepun.. Apa yang mencemaskan peserta lebih2 lagi junior2 perempuan ialah terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa tsunami akan melanda kawasan penempatan kem kami.. Timbulnya kekalutan kerana program kami berlangsung di resort yang bersebelahan dengan pantai... Pada saat itu, Tiqa dan SERIKANDI agak terkejut namun begitu kami teguh bersama membantu Mama Raha untuk menenangkan peserta.. Kami bersama-sama berzikir dengan diketuai oleh peserta2 lelaki senior...

Alhamdulillah, Kami dapat menenangkan peserta perempuan daripada terganggu emosi mereka terhadap khabar angin tersebut... Setelah itu, Mama Raha terus menelefon Ayah Taifor untuk memberitahu situasi yang sedang berlaku.. Setelah mendapat penjelasan oleh ayah, semua peserta semakin tenang.. Ayah menerangkan bahawa tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan..

Tsunami takkan melanda penempatan kem kami.. Ayah juga memberitahu kami, sekiranya akan berlaku sesuatu bencana seperti Tsunami dan sebagainya, pihak Kerajaan Malaysia akan mengeluarkan arahan dengan serta merta.. Oleh itu, kami tidak perlu risau dengan khabar angin yang tiada puncanya.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..

Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan usia kami.... Itulah pengalaman yang amat memberi makna yang mendalam buat diri Tiqa khususnya.. Rakan2 sekalian, di sini Tiqa sertakan gambar2 kenangan Tiqa bersama rakan2 peserta Kem Kepimpinan PRS... Thanks a lot to all my caunselors..








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^