Thursday, February 24, 2011

airmata di pagi hari..



























hari ni sekolah tiqa dapat cuti peristiwa sebab hari sukan 2 hari yang lalu.. tapi, tiqa still pergi ke sekolah pagi ni sebab ada program Ibu bapa kembali ke sekolah untuk kelas Tiqa bersama unit kaunseling yang dikendalikan oleh Ayahanda Taifor dan Umi Zaiti. tak lupa juga dengan kehadiran ayahanda Mat dan ayahanda pengetua, Tn. Hj. Anuar. 


pagi tadi, sebelum ke bilik seminar, Tiqa sempat menyusul rakan-rakan Tiqa di taman permainan kanak-kanak yang berada di tengah bandar Machang. bukan apa, slot pertama tadi adalah slot kaunselor bersama ibu bapa. Jadi, anak-anak remaja ni tak dibenarkan ada bersama lagi.


Sebab tu lah Tiqa susul rakan-rakan Tiqa kat taman sambil tunggu slot pertama habis... Untuk slot kedua adalah slot anak bersama ibu bapa. Dan pada slot ni, sekali lagi Tiqa mengalirkan air mata apabila ayahanda Taifor menjemput Tiqa untuk berucap di hadapan ibu bapa rakan-rakan Tiqa yang hadir di bilik seminar. 


mana tidaknya, rakan-rakan Tiqa masing-masing dapat pegang tangan ibu dan bapa mereka.. Tiqa agak terkilan sebab mak ngan ayah Tiqa tak dapat datang. Tapi takpe, Tiqa faham situasi mereka. 


Ayah ada urgent meeting yang tak boleh dielakkan. Mak pulak ada katering kat PPD. nak buat macam mana dah secara kebetulan dua-dua event berlangsung secara serentak.. Walaupun mengalirkan air mata, tapi Tiqa tahu Allah dah tentukan ada hikmah yang lebih baik buat Tiqa di sebalik semua ni.


InsyaAllah.. apa-apa pun, program ini dapat memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada tiqa untuk lebih cekal dan sabar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang...

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^