Sunday, January 30, 2011

Masihkah Ada Bahagia....(part 1).

Di kala insan lain bahagia bersama orang yang mereka sayangi, aku di sini kian kesepian merindui dirimu yang takkan mungkin lagi kembali......

Bermulanya suatu kisah...
Pertemuan yang tak disengajakan seterusnya membawa kepada permulaan satu perhubungan antara Haris dan Hurul....

" Doakan aku dapat lah kerja kat tadika tu ya," kata Hurul kepada Alia... " mesti kau dapat punya lah! Sekali orang yang interview kau tu tengok perangai kau, mesti dia terus ambil kau kerja.. aku yakin dengan kau, Rul... senda Alia untuk menyenangkan hati aku sekaligus dapat mengurangkan rasa berdebar dalam hati aku...

Aku bergerak menuju perhentian bas untuk menaiki bas ke Tadika Sayang di mana lokasinya hanya sekitar 20 minit jaraknya dari rumah sewaku...Syukur alhamdulillah, nasib baik bas sampai tepat pada masanya...Hurul bermonolog sambil menaiki bas... Sedang asyik memerhati ke arah luar tingkap, rupanya ada insan yang mengambil tempat di sebelah Hurul...setibanya di persimpangan berdekatan tadika, Hurul bediri dan menekan loceng uutnuk turun.. Namun begitu, tanpa sengaja diari kesayangan yang tak pernah ditinggalkan Hurul terjatuh sebelum dia turun dari bas... Jejaka di sebelahnya perasan akan keciciran itu namun belum sempat dia memanggil Hurul, bas telah bergerak pergi meninggalkan Hurul di persimpangan jalan itu..... Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menyimpannya dan berniat untuk mengembalikannya semula kepada Hurul...

Tadika Sayang semakin lama semakin kelihatan... Saat itu juga lah debaran di hati Hurul makin rancak... Akhirnya, berpijak juga dia di tadika itu... Huurrmm.. harap - harap dapatlah aku kerja kat sini..bisik Hurul dalam hati... Dengan berbekalkan azam dan penuh yakin, Hurul melangkah masuk ke dalam tadika itu.... Hurul dibawa oleh seorang wanita pertengahan umur yang bernama Afifah ke ruangan pengurus tadika tersebut... .

bersambung.,..

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^